Kenapa Lelaki Selalu ‘Dipilih’ Untuk Masuk Ke Alam Bunian, Bukan Perempuan? Baca Sini
"Perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa."
Baru-baru ini seorang peserta Gopeng Ultra Trail iaitu Mohammad Ashraf Hassan, 29, dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu bermula pada 23 Mac 2019, hari Sabtu
Image via Berita Harian
Mohammad Ashraf Hassan yang juga dikenali sebagai Acap dipercayai hilang ketika melakukan larian Gopeng Ultra Trail sejauh 25km namun gagal sampai ke garisan penamat.
Antara agensi yang terlibat dalam misi mencari ialah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan juga Pasukan Gerakan Am.
Image via Harian Metro
Pencarian tersebut masih gagal menemukan Acap dan hanya botol air yang digunakan sahaja ditemui. Namun, botol air tersebut telah disahkan bukan miliknya.
Setelah misi pencarian selama seminggu dilakukan dan masih belum mendapat apa-apa petunjuk tentang kehilangan Acap, operasi SAR terpaksa dihentikan pada hari Sabtu, 30 Mac 2019.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya unsur mistik dalam kehilangan Acap
Image via Satu Johor
Ibu Acap, Maznah dikatakan turut serta dalam pencarian anaknya dan sanggup menggagahkan dirinya untuk memasuki hutan pada waktu malam. Menurut Maznah, dia mendapat mimpi bahawa anaknya itu berada di kawasan seakan Gua Tempurung.
Bukan setakat itu sahaja, pasukan pencarian juga turut mendapati ada laluan yang berbau 'wangi' di kawasan larian tersebut
Image via Edisi Media
Sebuah perkongsian di Facebook telah viral baru-baru ini membincangkan tentang sebab lelaki sering 'dipilih' untuk masuk ke Alam Bunian, bukan perempuan.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengguna Facebook yang turut berkongsikan pengalaman mereka di ruangan komen.
Baca penuh di bawah:
"Kenapa lelaki biasanya hilang dalam hutan, bukan perempuan?
Ini jawapannya...
Image via Google
Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.
Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.
Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.
Ciri-ciri lelaki yang sepertimana biasanya menjadi pilihan untuk 'dijemput' masuk ke Alam Bunian?
Image via Google
Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.
Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.
Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.
Bagaimana pula untuk mengenal pasti pintu masuk ke Alam Bunian ini?
Image via Google
Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!
Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.
Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.
Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!
Image via Google
Di bawah merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook mengenai Orang Bunian dan juga pengalaman mereka berhadapan situasi seperti ini:
Ibu Acap tidak dapat menahan rindu terhadap anaknya turut serta dalam pencarian Acap:
Leave a comment