"Kenapa Nak Kena Sempit Dengan Kami" - Lelaki Mohon Perempuan Pergi Duduk Di Koc Wanita
Dia mendakawa, koc wanita ketika itu terdapat banyak kosong.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui, kerajaan sudah pun lama memperkenalkan koc khas buat wanita ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti kereta api dan MRT
Untuk makluman anda, koc wanita adalah gerabak khas bagi pengguna wanita yang mahu menaiki pengangkutan tersebut dan lelaki tidak dibenarkan masuk.
Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsian di laman X selepas seorang lelaki meluahkan rasa tidak selesanya di dalam pengangkutan awam telah mencetus perbualan ramai.
Image via X
Minta wanita kalau boleh berada di dalam koc wanita ketika peak hour
Menerusi ciapan tersebut, seorang lelaki telah meluahkan rasa tidak selesanya ketika menaiki kereta api semasa pulang daripada kerja.
Di dalam ciapan itu, dia memohon agar pengguna wanita menggunakan koc khas wanita yang disediakan berbanding memasuki koc awam yang dicampur dengan lelaki.
Menurutnya, koc awam telah menjadi sempit gara-gara ada wanita yang tidak mahu duduk di koc wanita. Dia juga mendakwa masih terlihat banyak tempat duduk kosong di ruangan terbabit.
"Women, for the life of me, during peak hours, could you please sit at the women's coach first especially since when it's obviously vacant.
Why nak sempit-sempit at the shared coach when it looks so comfortable there," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment