Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kerajaan Negeri Kelantan Seru Rakyat Malaysia Jayakan World #QuranHour Pada 25 Mac Ini

Difahamkan, program tersebut bertempat di Madinah Ramadan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena program World #QuranHour 2025 pada 25 Mac ini, kerajaan negeri Kelantan menyeru orang ramai untuk sama-sama menjayakannya yang bertempat di Madinah Ramadan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sokongan kepada program tersebut perlu diberikan kerana ia membuka peluang kepada umat Islam untuk lebih mendalami dan menghayati kitab suci itu.

Beliau berkata, pemilihan surah Al-Saff sebagai tema tahun ini merupakan satu langkah bijak dalam membina kekuatan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

"Al-Quran adalah pedoman dan petunjuk utama bagi umat Islam. Oleh itu, kita perlu menyambut baik sebarang usaha yang memperkukuhkan kefahaman terhadapnya," katanya.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Mohd Asri Mat Daud

Image via Sinar Harian

Menurutnya lagi, Al-Quran menekankan konsep kesatuan di mana umat Islam perlu berpadu kerana hanya dengan bersatu akan menjadi kuat

"Jika berpecah-belah, maka kekuatan itu akan hilang. Saya berharap rakyat Kelantan tidak melepaskan peluang menghadiri program ini bagi bersama-sama mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan menghayati maknanya.

"Kehadiran kita bukan sahaja untuk mendengar bacaan, tetapi juga menghayati maknanya serta berdoa agar Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna dengan peningkatan amal soleh," katanya.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment