Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kerajaan Umum Laksana 'Total Lockdown' Bermula 1 Jun, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Please, stay at home!

Cover image via Sinar Harian Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula 1 Jun ini hingga 14 Jun depan

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

"Kewujudan varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas turut mempengaruhi keputusan hari ini.

"Dengan peningkatan kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad," kata kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Jika perintah berkurung penuh Fasa Pertama itu berjaya, perintah berkurung Fasa Kedua akan dilaksanakan

Fasa Kedua akan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Pelaksanaan perintah berkurung Fasa Kedua itu akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

"Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.

"Menerusi PKP, aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

"Bagaimanapun, keputusan untuk beralih daripada satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akan diumumkan

"Susulan keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

"Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Pejabat Perdana Menteri menegaskan, kerajaan komited dalam memastikan sistem kesihatan awam di Malaysia tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan serta bantuan akan diberi kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara.

Katanya, kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.

"Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

"Apa yang terbaik ialah duduk di rumah atau 'stay at home' untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment