Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kini Giliran Ustaz Ebit Lew Pula Bantu Bapanya Yang Tiga Bulan Tak Mampu Berjalan. Salute!

Respect dengan ustaz!

Cover image via @ebitliew (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sering menjadi sebutan di bibir masyarakat kerana sikap prihatinnya dalam membantu orang lain yang sedang berada dalam kesusahan

Namun kini giliran bapanya iaitu Ibrahim Lew pula untuk mendapatkan bantuan daripadanya selepas tiga bulan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ebit Liew sememangnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat kita

Tidak putus asa menolong orang lain sehinggakan ramai yang terinspirasi dengan beliau. Ustaz Ebit Liew juga menunjukkan contoh yang baik apabila beliau bertanggungjawab menjaga dan menolong bapanya itu.

Menerusi posting yang dikongsikan olehnya di laman Instagram dan Facebook, difahamkan bapanya kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

“Doakan ya. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil je.”

Tambah Ustaz Ebit menerusi posting tersebut, kekuatannya untuk berdakwah dan berjaya seperti sekarang merupakan hasil doa serta keberkatan daripada bapanya sendiri.

Image via @ebitliew (Instagram)

Beliau sangat berharap agar kesihatan bapanya itu akan bertambah baik dari masa ke masa.

Kebanyakan pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bapanya itu untuk kembali seperti biasa.

Image via @ebitliew (Instagram)

Image via @ebitliew (Instagram)

Image via @ebitliew (Instagram)

Semoga bapa Ustaz Ebit dijauhkan daripada sebarang penyakit yang memudaratkan dan mudah-mudahan beliau diberikan kekuatan untuk sembuh. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment