"Masa Ayah Meninggal, Johnny Diam Je" - Sebak Baca Kisah Arwah Bapa Gadis Ini & Anjingnya
Ingat ya, anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT.
Anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT
Walaupun semenjak kecil lagi kita sudah diberitahu bahawa menyentuh anjing dan khinzir itu adalah perbuatan haram namun harus diingat yang haiwan-haiwan itu juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT.
Image via Kompas Sains
Makanya kita sebagai makhluk Allah SWT, harus berbuat baik sesama makhluknya yang lain.
Bahkan, perbuatan berihsan seperti memberi makan kepada anjing atau khinzir bukanlah satu perkara yang haram untuk dilakukan.
Pendakwah bebas, Ustaz Wan Dazrin pernah membuat satu posting dalam laman Instagram peribadinya tentang hal ini. Menurutnya, "Berihsan dengan haiwan, khususnya anjing atau khinzir ia bukanlah satu benda haram untuk dilakukan."
Image via Google
"Perlu kita perbetulkan fahaman tentang 'Haram'-nya anjing dan khinzir.
"Kita diharamkan makan daging mereka atau bergomol dengan mereka, bukan mereka itu sendiri 'Haram'," jelasnya lagi dalam posting yang sama.
Baru-baru ini seorang gadis telah membuat satu thread di laman Twitter menceritakan perkara yang sama dilakukan oleh bapanya
Image via Twitter @innn__
Dalam perkongsiannya itu, gadis itu telah menceritakan tentang bagaimana seekor anjing liar di kawasan rumahnya sangat rapat dengan arwah ayahnya hanya kerana selalu diberi makan oleh dia.
Image via Twitter @innn__
Bukan itu sahaja malah arwah ayah gadis itu telah menjaga anjing yang diberi nama Johnny bagai menatang minyak yang penuh. Setiap kali dia makan di luar, arwah ayah tidak pernah lupa untuk mengutip dan membawa pulang tulang ayam, sehinggakan kadang-kadang dia akan meminta sisa-sisa tersebut di meja orang lain.
Walaupun perbuatan itu dilihat sebagai memalukan, namun arwah ayah tidak pernah kisah kerana dia tahu Johnny akan kenyang.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Image via Twitter @innn__
Image via Twitter @innn__
Sehinggalah ayah pergi dijemput Ilahi yang mana Johnny turut merasai kehilangan tersebut
Image via Twitter @innn__
Image via Twitter @innn__
Gadis itu turut berkongsikan beberapa screenshot perbualan mereka sekeluarga yang menunjukkan betapa sayangnya arwah ayah pada Johnny
Disebabkan tweet tersebut, ramai yang meluahkan rasa sebak dan terharu mereka terhadap arwah ayah gadis itu
Image via Twitter @innn__
Image via Twitter @innn__
Ada juga yang sudi menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan di samping memberi kata-kata semangat
Image via Twitter @innn__
Image via Twitter @innn__
Bahkan, ada yang risaukan keadaan Johnny, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan ayah gadis itu
Image via Twitter @innn__
Jangan risau, Johnny tetap dijaga dengan baik
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment