KKM Sahkan Laporan Tunggakan Bil Perubatan Kerajaan Babitkan Warga Asing Cecah RM100 Juta
KKM memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa gagal melangsaikan tunggakan bil perubatan di klinik serta hospital kerajaan sehingga menelan ratusan juta ringgit
Menerusi laporan Berita Harian, sumber daripada KKM memberitahu angka terbaru menunjukkan sehingga akhir 2023, jumlah tunggakan membabitkan bil rawatan warga asing mencecah kira-kira RM100 juta.
"Bila sebut warga asing, ia termasuk mereka berstatus pelarian, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar serta pendatang asing tanpa izin yang mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam.
"Rawatan terpaksa diberikan kepada warga asing atas dasar hak asasi manusia dan simpati, walaupun status mereka dicurigai atau mereka ini PATI sekali pun.
"Meskipun mereka sudah mendaftar dengan kita dan ada membayar deposit terlebih dahulu, akhirnya mereka lolos juga kerana enggan membayar tunggakan bil rawatan yang mungkin melebihi jangkaan mereka.
"Antara alasan yang sering gunakan adalah tiada duit, janji nak bayar kemudian dan ada juga hilang begitu sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, ketika dihubungi mengesahkan jumlah tunggakan itu dan berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata pihak pengurusan dan teknikal KKM sedang mengadakan perbincangan mengenai isu terbabit.
Image via New Straits Times
Tiada data bersepadu menyukarkan senarai hitam dapat dilakukan
Tindakan untuk menyenarai hitam warga asing yang dikesan culas melangsaikan hutang bil perubatan kerajaan berdepan kesukaran apabila apabila tiada sistem bersepadu menghubungkan data Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan Imigresen ketika ini.
Sumber imigresen mendedahkan, pihaknya hanya bergantung kepada permohonan daripada KKM sekiranya kementerian itu mahu menyenarai hitam warga asing berkenaan.
Pihak imigresen juga jarang menerima permohonan daripada KKM untuk menyenarai hitam warga asing yang mempunyai tunggakan bil perubatan hospital kerajaan.
Situasi itu membuatkan imigresen tidak dapat mengambil tindakan lanjut termasuk menyekat mereka daripada pulang ke negara masing-masing.
"Sistem imigresen memang tidak ada link (tidak menghubungkan) dengan status bil hospital kerajaan. Sebenarnya, kalau diikutkan, pihak hospital atau KKM sendiri yang akan mohon dengan kita untuk menyenarai hitam warga asing yang gagal bayar tunggakan bil rawatan. Ia bukan automatik.
"Ia sama dengan kes mengelak cukai pendapatan. Kita tak ada sistem untuk periksa berapa hutang mereka. Hanya untuk senarai hitam, itu pun kalau ada permintaan dari agensi atau kementerian berkenaan," katanya.
Image via Harian Metro
Difahamkan, selain memberikan pelbagai helah, ada segelintir warga asing yang terus 'lesap' selepas mendapatkan rawatan sehingga KKM terpaksa menanggung kerugian berpunca daripada perkara terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment