Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya

Tiga lapangan terbang terbaik di Asia adalah di Vietnam, Singapura dan Hong Kong.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal unt

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kini dikenali sebagai KLIA Terminal 1 merupakan salah satu lapangan terbang utama di Malaysia yang menjadi tumpuan para pelancong daripada luar negara

Namun, siapa sangka KLIA mencuri perhatian ramai apabila tersenarai sebagai salah satu lapangan terbang terburuk di Asia.

Menerusi laporan The Rakyat Post, KLIA menduduki tangga ke-8 dalam senarai lapangan terbang paling teruk dan data itu menggunakan purata penilaian dari pengembara perniagaan untuk menyusun ranking lapangan terbang di seluruh dunia mengikut benua dan negara.

KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di Emiriah Arab Bersatu mendapat skor purata yang sama  dengan jumlah skor sebanyak 3.36.

Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand pula berada di atas Malaysia dengan nilai 3.45 berdasarkan penilaian pengembara bisnes.

Ini sebabnya mengapa KLIA berada di tangga ke-8

Pelancong sering mengeluh tentang rekabentuk lapangan terbang KLIA yang kurang baik yang menyebabkan barisan panjang, perlu berjalan jauh untuk ke terminal dan kurangnya kemudahan yang selesa.

Pelancong juga mengkritik sistem pemeriksaan imigresen juga tidak efisien yang menyebabkan barisan menjadi lebih panjang.

Tambahan lagi, pencahayaan yang redup di seluruh lapangan terbang juga mencipta suasana yang kurang baik.

Image via Business financing

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait paling teruk di Asia

Bagaimanapun, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pula menduduki tangga tercorot sebagai lapangan terbang paling buruk di Asia dengan hanya mengumpul mata 1.69 dan diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty, Kazakhstan dengan ‘rating’ 2.26 sahaja oleh pelancong bisnes.

Arab Saudi, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz juga berada di tempat ke-3 terburuk di Asia dengan hanya mendapat mata 2.72 lebih rendah berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina (2.78).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment