Kolaborasi Istimewa 'Coolblog x WAWA' Perkenalkan 6 Perisa Baharu Berasaskan Buah Epal
Sebanyak 10,000 WAWA Liptint eksklusif bakal diberikan secara PERCUMA apabila anda membeli air Apple Fantasy daripada Coolblog.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, jenama minuman smoothie popular, Coolblog dan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA, yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal tampil berkolaborasi bersama
Kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baharu berasaskan buah epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.
Dalam pada itu, kolaborasi ini juga bertujuan mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Fokus utama adalah untuk mempromosikan dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri.
Konsep booth pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA. Menggabungkan 2 elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, Coolblog x WAWA disatukan untuk mencipta pengalaman yang IKONIK . Anda pasti teruja dengan keunikan dan keseronokan booth ini!
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Menurut Wawa Zainal melalui kempen ini, mesej yang ingin dibawa adalah tentang mencintai diri sendiri ‘SELF-LOVE’ dan kecantikan dari dalam ‘LOVE FROM INNER BEAUTY’.
“Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka. Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda,” katanya.
Setiap dua pembelian air produk Apple Fantasy, satu WAWA Liptint eksklusif bakal diberikan secara PERCUMA
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, “Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari anda lebih ceria dan penuh warna.”
Melalui kolaborasi ini Coolblog melancarkan 6 perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz & Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt & Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie.
Setiap dua pembelian dari siri Apple Fantasy, anda berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari 6 warna menarik.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Cara pembeliannya adalah setiap pembelian dua minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih akan memberi anda peluang untuk mendapatkan item terlaris iaitu WAWA Butter Liptint dengan packaging eksklusif.
Selain itu, melalui Touch 'n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang merupakan produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200.
Tambah Sueli lagi, maklum balas daripada pelanggan sangat menggalakkan mengenai kolaborasi ini.
"Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment