Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kompilasi 'Best Moments' & Memes TV3 Tak Kering Gusi - "Sampai Bila-Bila Pun Akan Ingat"

Korang paling ingat video yang mana?

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TV3 merupakan siaran di televisyen yang menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi

Pelbagai rancangan, sitkom, drama, berita, anugerah dan macam-macam lagi hiburan dihidangkan buat penonton sekali gus menjadikan TV3 masih relevan sehingga kini.

Dalam masa yang sama juga, terdapat beberapa klip video lawak yang terjadi secara spontan semasa siaran langsung membuatkan ia automatik dijadikan memes oleh rakyat Malaysia.

Walaupun diulang tayang banyak kali di platform media sosial, video-video tersebut masih mendapat perhatian ramai dan dikongsi semula.

Antara memes TV yang mencuit hati netizen adalah seperti di bawah:

1. Abang Aziz jatuh bot

Seorang Jurukamera TV3, Abd Aziz Abdullah terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu. Reaksinya yang spontan telah tular di semua media sosial dan masih membuatkan kita tertawa sampai sekarang.

2. Gaya tangan Karam Singh Walia

Bekas wartawan TV3, Karam Singh Walia terkenal dengan gaya tangannya setiap kali membuat liputan di lokasi kejadian. Sehingga kini, sebut saja nama Karam Singh Walia, kita akan terus teringat gaya tangannya yang unik itu.

3. Hos Wanita Hari Ini gelak silent

Hos Wanita Hari Ini (WHI) iaitu Fatin Hamimah Yusof dan Fiza Sabjahan tular pada bulan Disember 2022 apabila mereka berdua tidak dapat menahan ketawa ketika mengacarakan rancangan tersebut. Gelagat spontan mereka menjadi perhatian netizen dan turut membuatkan ramai terhibur.

4. "Setakat ini yang saya tahu, saya tak tahu lah"

Seorang wakil penduduk menjawab soalan wartawan dengan spontan sehingga ayatnya menjadi perhatian ramai kerana maksud yang ingin disampaikan tidak sampai. Dialognya itu menjadi antara memes legend di TV3.

5. TV3 kena hacked

Tular sebuah video rakaman siaran langsung berita di TV3 telah digodam oleh seorang budak lelaki apabila mukanya tiba-tiba terpampang di kaca televisyen semasa pembaca berita sedang menjalankan tugas.

Apa lagi momen yang best korang ingat tentang TV3? Jom kongsikan di ruangan komen! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment