Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kongsi Pengalaman Ditanya Mengenai Minyak Dagu Masa Interview, Tak Sangka Rupa-Rupanya...

Seramlah dengar!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percaya atau tidak, masih ramai yang mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sehingga kini

Kebanyakan mereka yang menggunakan ilmu hitam ini demi untuk kepentingan sendiri dan ada juga yang kerana dendam.

Namun, masih ada yang menggunakannya dan sudah tentu ia perkara yang amat menakutkan. Sebagai umat Islam, ia sudah pasti bercanggah dengan ajaran kita.

Tular sebuah perkongsian di laman X apabila seorang individu berkongsi pengalamannya ketika di temu duga di sebuah syarikat.

Terkejut panel temu duga tiba-tiba tanya mengenai minyak dagu

Menerusi perkongsian pengalamannya, individu berkenaan memberitahu semasa itu dia sedang menghadiri temu duga di salah sebuah syarikat.

Namun, tiba-tiba salah seorang panel temu duga bertanyakan adakah dia mengamalkan minyak dagu. Soalan tersebut membuatkan dia terkejut dan tercenggang seketika.

Dia kemudian membalas tidak tahu apa mengenai minyak dagu dan penggunaannya. Panel temu duga di dalam bilik selepas itu menceritakan jika sebelum ini pernah berlaku kes minyak dagu yang dicalitkan kepada bosnya di situ.

Difahamkan, staf perempuan berkenaan telah mencalitkan minyak dagu ketika bersalaman dengan bosnya. Ekoran kejadian itu, bosnya menderita sakit dan selalu menurut kehendak staf terbabit.

Malah, bosnya akan mendahulukan staf perempuan berkenaan dengan kenaikan gaji yang berbeza daripada staf lain. Dia juga dijadikan 'anak emas' dalam syarikat tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Perkara berkenaan kemudian 'kantoi' selepas salah staf yang perasan benda pelik terhadap bosnya dan mengambil keputusan melihat kembali CCTV. Dalam CCTV itu kelihatan jelas staf perempuan tersebut membaca mantra yang kemudian dicalit pada kereta bosnya.

Mendengar cerita daripada panel tersebut, individu berkenaan meluahkan rasa syukurnya kerana kini tidak berlaku lagi perkara tersebut selepas sudah tiga tahun dia menggantikan jawatan staf tersebut.

"Waspada dan berhati-hati ketika bersentuhan dengan seseorang. Calit minyak dagu dekat kereta itu yang paling bahaya sebab boleh terjadinya kemalangan.

"Apa-apa pun itu semua kehendak Tuhan Jadi berwaspada ya semua," tulisnya.

Semoga kita dijauhkan daripada terkena benda macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment