Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kontinjen Malaysia Bakal Gayakan Pakaian Rekaan Rizman Ruzaini Di Olimpik Paris 2024

Tak sabar nak tengok, mesti cantik!

Cover image via The Star Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan atlet Malaysia bakal bergaya dengan busana bertemakan baju Melayu rekaan Rizman Ruzaini pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024, 26 Julai ini

Image via googleapis.com

Menurut laporan Sinar Harian, beliau memperkenalkan jenama Skechers selaku kasut rasmi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 dengan nilai tajaan sejumlah RM194,290 di Wisma OCM.

Manakala, jenama Rizman Ruzaini menerusi gandingan Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil pula baru-baru ini mencipta sensasi apabila mereka menaja busana penyanyi terkenal, Lady Gaga untuk persembahannya di Las Vegas.

Image via The Star

Sebelum ini, pakaian kontinjen Malaysia di Olimpik Tokyo 2020 telah direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Image via Kosmo!

Image via Kosmo!

Olimpik Paris dijadualkan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini

Sementara itu, beliau percaya keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk memilih jaguh pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berbanding pelari 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy untuk slot wild card tunggal olahraga ke Paris adalah keputusan yang tepat.

Mengulas mengenai persiapan kontinjen negara, lebih separuh daripada 26 atlet bakal membuat penampilan pertama. Beliau berkata, semua persiapan berjalan lancar setakat ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment