Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Brand Ini Angkat DS Najib Razak Jadi Duta Kurta 'MaluAperrr Bossku'. Bukan Bishe Bishe!

Difahamkan kurta 'MaluAperrr Bossku' (MAB) akan mula dipasarkan sempena Hari Raya pada tahun ini.

Tidak dapat dinafikan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang ini sangat aktif di dalam laman sosial

Menggunakan laman Twitter serta Facebook rasminya, DS Najib Razak sememangnya cukup terkenal dengan posting berbaur jenaka atau troll mengkritik dan mendedahkan ‘salah laku’ terutamanya dari parti gabungan Pakatan Harapan (PH).

Image via Google

Meskipun ada yang mengkritik perlakuan beliau itu, namun tidak dapat dinafikan juga ramai yang menyukainya kerana merasakan DS Najib kini lebih mudah didekati oleh masyarakat.

Melalui satu wawancara yang dilakukan pada tahun lalu, DS Najib Razak menyatakan bahawa posting 'troll' yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya adalah ciptaannya dan sebenarnya merupakan mesej yang ingin disampaikan beliau kepada rakyat.

Lihat video penuh wawancara itu di bawah:

Bukan setakat itu sahaja, selain dipanggil 'Raja Troll', kini DS Najib Razak turut bergelar duta bagi pakaian kurta

Menerusi laman Instagram milik Ron Kamisan, dapat dilihat beberapa gambar bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan tagline "Malu apa Bossku" dan "Bukan Bishee Bishee" itu menggayakan kurta.

Menamakan kurta tersebut sebagai kurta 'MaluAperrr Bossku' (MAB), difahamkan ianya akan mula dipasarkan sempena Hari Raya pada tahun ini.

Selain itu, kurta MAB ini juga direka dengan bentuk rekaan terkini dan mudah untuk mengambil air wudhuk. Terdapat 7 warna menarik dan diperagakan sendiri oleh DS Najib Razak!

Ternyata sebenarnya ramai yang suka melihat DS Najib menjadi model kurta ini

Rata-rata warganet kagum dengan sikap sporting beliau di samping memuji caranya membantu mempromosikan produk anak tempatan.

Lihat antara komen menarik dari warganet:

Image via Instagram @ron_kamisan

Image via Instagram @ron_kamisan

Image via Instagram @ron_kamisan

Cantik juga kurta ini. Kot lah nak pakai untuk raya nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kemelut politik sudah pun selesai, tapi troll Najib Razak masih di ingatan:

Lagi artikel menarik di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment