Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lebih 35k 'Shares', Wanita Ini Kongsi 6 Step Mudah Buat Troli Ala IKEA. Senang Je Rupanya!

DIY tak adalah susah mana pun. Cubalah nanti. :)

Cover image via Maria Ariana / Facebook

Sudah apa perancangan ke untuk mencantikkan rumah sempena hari raya yang bakal menjelang tiba?

Image via Giphy

Bulan puasa memang ramai yang akan sibuk untuk persiapan juadah berbuka puasa dan pada hari minggu pula sibuk untuk membeli-belah sempena hari raya.

Tapi tak semua barang anda perlu beli ya. Yang boleh dibuat sendiri, cubalah sekali-sekala. Untuk luangkan masa lapang di hari minggu dan paling penting boleh jimat. Tapi janganlah buat benda yang berat, yang ringan dan simple sahaja.

Taklah penat atau dahaga nanti.

Image via The Family Handyman

Nak cuba tak?

Benda boleh buat sendiri (DIY), buat apa beli?

Wanita ini ajar 6 step mudah untuk buat sendiri (DIY) troli ala IKEA. Lah, mudah je rupanya.

Perkongsian tersebut juga telah meraih perhatian ramai pengguna Facebook dan mendapat 35 ribu shares dan 6 ribu komen. Memang menarik. Lagi-lagi nak raya, troli macam ini sangatlah perlu untuk di rumah, banyak kegunaannya.

Image via Maria Ariana / Facebook

Menarik bukan?

Lihat dahulu barangan yang diperlukan untuk menghasilkan troli ini:

Sediakan tiga buah bakul untuk menghasilkan troli tiga tingkat. Beli di kedai ECO je, murah sikit.

Image via Maria Ariana / Facebook

Utk troli ni kita guna 3 pcs bakul, sbb kita nk buat 3 tingkat. saiz bakul pulak ikut citarasa korang la. tp klau guna bakul lain nnt ukuran paip pvc tu pun lain la ye bakul korang bleh cari kat kedai eco, sbb murah (wah promote kdai eco nmpk). Tp yg kaler putih ni mmg rare la nk jumpa. xtau la kat tmpt korang byk ke x.

Paling penting, roda dan keperluan lain juga jangan lupa beli!

Image via Maria Ariana / Facebook

Roda pun dari kdai eco.(promote lg). Beli 1bungkus dpt 2pcs roda. tp pastikan tapak kat roda tu jenis yg 4segi tau. nnt nk ikat bolt sbb takut salah beli, kat eco ada byk jenis roda.

Image via Maria Ariana / Facebook

Paip pvc ni abik yg tebal tau. sbb ada jugak yg nipis takut x kuat. yg ini beli kat kdai hardware. tp klau nk jimat, korang bleh cari kat longgok-longgok tong sampah. kadang-kadang org dok buang ja bekas saki baki yg dh potong.

Image via Maria Ariana / Facebook

Ini pula gam khas untuk paip pvc.

Beli cable tie untuk ikat bakul-bakul tadi. Tapi pastikan anda beli saiz yang betul.

Image via Maria Ariana / Facebook

Cable tie guna nk ikat bakul tu nnt. beli 1 bungkus pkai x habis pun. tp pastikan beli yg besar. baru la kuat nk ikat bakul tu. ni pun dari kdai eco. kdai hardware pun ada tp saja la nk pelaku kdai eco.

Image via Maria Ariana / Facebook

Yg ni aku guna saiz ni. bleh nmpk kot noo dlm gmbr tu brapa saiz dia. guna utk ikat roda tu nnt.

Image via Maria Ariana / Facebook

Nah gmbr closeup saiz joint yg aku guna. 15mm tau saiz dia. byk mana aku guna?
korang tgk kat gmbr seterusnya ok.

Di bawah merupakan anggaran ukuran yang digunakan mengikut ketinggian troli:

Image via Maria Ariana / Facebook

Ni dia ukuran dia. klau korang nk tinggikan lg troli tu korang ejas la sendiri saiz dia.

Boleh mula buat troli DIY ini dengan mengikuti 6 step mudah ini:

STEP PERTAMA:

Sediakan:
-4pcs L joint
-4pcs T joint
-2pcs paip 2cm
-2pcs paip 36cm
-4pcs paip 9cm
Sambung dan gam ikut mcm dlm gmbr tu ya.

Image via Maria Ariana / Facebook

STEP KEDUA:

Nak buat tiang:
-4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu)
-8pcs paip 23cm
-12pcs T joint
-12pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu)dekat arrow kuning tu.
-4pcs L joint.

Image via Maria Ariana / Facebook

STEP KETIGA:

Cantumkan tapak dengan tiang. jgn lupa gam kan tau. baru x tercabut.

Image via Maria Ariana / Facebook

Seterusnya...

STEP KEEMPAT:

Tebuk lubang. tgk gmbr tu ,faham kot. lubang utk ikat roda dan ikat bakul.

Image via Maria Ariana / Facebook

STEP KELIMA:

Guna bolt dan nut ikat roda tu. P/s. Klau korang nk cat apaa-a kaler pastikan sblm pasang roda tu ya.

Image via Maria Ariana / Facebook

STEP KEENAM:

Pasang bakul dan ikat ngan cable tie.gmbr closeup ikat bakul tu x ambik.lupa. sori naa. ikat la lagu mna pun jnji lekat bakul tu. laki aku pun guna otak ja cara nk ikat pun. hangpa pun pandai-pandailah.

Image via Maria Ariana / Facebook

Dah siap! Senang je bukan?

Image via Maria Ariana / Facebook

Image via Maria Ariana / Facebook

Kalau nak nampak mahal, boleh cat warna putih. Ikut citarasa masing-masing.

Sumber: Maria Ariana Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak DIY Wainscoting pun boleh :)

Inginkan idea untuk ubah suai rumah sempena hari raya yang bakal menjelang tiba? Boleh lihat di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment