Leka Layan Video Sampai Pukul 3 Pagi, Lelaki Ini Cuak Bila Dengar 'Suara Lain' Menyahut
Haa sudah. Siapa pernah kena macam ni?
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita jika susah tidur malam pasti handphone yang akan menjadi teman hiburan
Menonton video lawak di laman sosial pada waktu malam memang seronok dan boleh menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja.
Tetapi ada juga had waktunya, janganlah terlalu leka menonton video di telefon sehingga lewat malam. Ia tidak baik untuk badan dan juga mata lebih-lebih lagi jika melihat skrin telefon dalam keadaan yang gelap.
Lain pula pengalaman yang dilalui seorang lelaki ini apabila videonya ketika sedang asyik melayan TikTok dan 'diganggu' suara halus menjadi perhatian ramai.
Lihat video tersebut di bawah:
Leka tengok TikTok pukul 3 pagi, tiba-tiba terdiam bila ada suara lain yang menyahut gelak
Menerusi video itu, kelihatan lelaki tersebut sedang seronok melayan video di TikTok pada pukul 3 pagi dan tergelak terbahak-bahak apabila muncul babak kelakar di skrin telefonnya.
Namun sebaik saja dia gelak tawanya habis, kedengaran suara lain yang seakan-akan meniru gelaknya. Suara tersebut seperti suara seorang perempuan yang agak garau.
Terkejut dengan suara itu, lelaki tersebut pantas membaca Bismillahirahmanirrahim dan memberi salam. Tiba-tiba suara tersebut menyahut salamnya dengan nada yang menyeramkan.
Dia kemudiannya spontan berkata "oh hell no" dan cepat-cepat menutup telefonnya sebelum video berkenaan berakhir.
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
"Aku pernah kena! Ketawa tiba-tiba ada yang mengilai tepi tingkap bilik. Terus bukak ayat kursi & tidur" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan, 123.6K tanda suka dan 3,140 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi spontan lelaki tersebut yang takut selepas mendengar suara seram berkenaan. Ada juga turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah diganggu seperti itu.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Image via @shahpik4999 (TikTok)
Itulah lain kali jangan seronok sangat gelak waktu tengah malam. Kan dah kena :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment