Lelaki British Dakwa 'Stuck' Di Malaysia Sebab Tak Lepas Bayar Parking RM7
Difahamkan, mahkamah telah merampas pasportnya berikutan pertikaian mengenai tiket parkir yang tidak dibayar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki British mendakwa dia terperangkap di Malaysia kerana caj parkir yang tidak diselesaikan
Menerusi laporan daripada Express Uk, juruelektrik yang berpangkalan di London, Ahmed Hadi, memberitahu pasportnya telah disita mahkamah berikutan kerana dia meletakkan keretanya selama 10 minit di tempat letak kereta.
Difahamkan, kejadian berlaku di Pulau Pinang pada 7 Disember lalu ketika dia mahu melawat keluarga.
Namun, ketika mahu keluar, Ahmed menegaskan dia cuba membayar caj sebanyak RM7, tetapi mesin pembayaran menolak kedua-dua kadnya.
Dia juga mendakwa, sudah menekan butang bantuan dan berhubung dengan pegawai tempat letak kereta selama 10 minit lagi, tetapi tiada bantuan.
Image via Express UK
Ditahan kerana didakwa lakukan kerosakan pada palang
Dia kemudian didakwa menaikkan penghadang plastik untuk keluar dari tempat letak kereta dan secara tidak sengaja menyebabkan kerosakan.
Tindakannya menyebabkan dia ditangkap dan perbicaraan mahkamah di mana peguamnya merundingkan penyelesaian dengan syarikat tempat letak kereta.
Bagaimanapun, lapan minggu selepas kejadian itu, mahkamah masih memegang pasport Ahmed, yang dirampas sebagai sebahagian daripada syarat jaminannya, menyebabkan dia berada dalam kesusahan.
Pada mulanya dia berhasrat untuk berpindah ke Malaysia bersama isterinya Lucy dan dua anak perempuan mereka, namun selepas kejadian ini berlaku membuatkan dia berfikir semula.
Image via Express UK
"Semuanya tidak masuk akal dari awal. Saya sanggup membayar, tetapi mereka tidak dapat mengambil wang itu dan tidak akan membenarkan saya keluar. Saya fikir kami telah menyelesaikan segala-galanya, tetapi saya masih tidak tahu bila akan mendapat kembali pasport saya.
Ahmed juga melabel Malaysia sebagai 'lubang neraka tanpa hak asasi manusia'. Dia juga berkongsi pengalamannya ketika ditahan.
"Keadaan di dalam sel sangat teruk, 50 orang berkongsi satu tandas. Salah seorang polis mengancam untuk membelasah saya.
"Kami fikir Britain sudah cukup bermasalah, tetapi ini membuatkan anda sedar betapa bagusnya kami di sana. Negara ini adalah satu penipuan, dan anda tidak bebas," katanya.
Kejadian itu telah berlaku pada 7 Disember lalu, sebelum mereka sekeluarga merancang untuk keluar makan.
Isteri Ahmed, Lucy, terpaksa membayar hampir £2,425.41 (RM13,231) demi membebaskannya dari penjara, termasuk bayaran penjamin dan yuran guaman.
Kini, Ahmed perlu hadir semula ke mahkamah pada 17 Februari.
"Kami sebelum ini fikir mahu menetap di sini, tetapi sekarang mungkin tidak. Ia tidak berperikemanusiaan. Apabila saya ditangkap, tiada siapa yang membaca hak saya. Saya dipindahkan ke sel yang berbeza setiap hari. Lucy tidak tahu di mana saya berada atau apa yang sedang berlaku," katanya.
Menurut Lucy, Ahmed adalah orang British yang dari Kuwait, jadi mereka melabelkannya sebagai orang kaya.
"Ia tidak ada kebebasan bersuara. Mereka hanya menangkap anda untuk apa-apa, dan mereka melakukannya untuk mendapatkan wang," kata Lucy.
Leave a comment