Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Acu Pisau Dekat Leher, Lelaki Nepal Gagal Culik Budak 3 Tahun Di Depan Kedai Roti Canai

Difahamkan, budak itu berada di raga motor ayahnya ketika kejadian berlaku.

Cover image via Harian Metro @mynewshub (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang warga Nepal cuba menculik budak di depan kedai

Kejadian itu berlaku di tepi jalan, di depan kedai roti canai yang mana motosikal ayah mangsa diletakkan di tepi jalan untuk pergi membayar dan mengambil tempahan roti canai yang dibuat.

Budak itu ditinggalkan dalam keadaan duduk di depan bahagian motosikal dan kaki di raga bersendirian. Jarak motosikal tidak jauh dari kedai makan itu.

Namun, setelah ayahnya bergerak ke motosikal semula, anaknya telah tiada di motor itu. Menurut keterangan saksi, suspek meluru ke arah mangsa dan mendukungnya sebelum mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau ke arah leher budak itu.

Suspek juga bercakap dalam bahasa yang tidak difahami seolah-olah meminta wang untuk makan kepada ayah budak itu yang berada di depan suspek.

"Bapa mangsa yang ketika itu panik cuba menenangkan mangsa sambil memujuk supaya suspek menyerahkan semula mangsa kira-kira tiga minit.

"Dalam usaha mencari peluang ketika suspek leka, orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu berjaya menarik tangan suspek dari arah belakang dan terus menangkap suspek dengan bantuan oleh orang awam lain dan bapa mangsa sendiri.

"Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan, dan suspek diserahkan kepada polis," kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.

Image via googleapis.com

Hasil semakan polis juga mendapati bahawa lelaki Nepal itu telah melarikan diri daripada majikannya

Suspek masuk ke negara ini untuk bekerja di kilang di Sungai Lalang, di sini sejak sebulan lalu. Akibat tekanan kerja, suspek melarikan diri. Soal siasat juga mendapati motif suspek bertindak sedemikian kerana terlalu tertekan dan berada dalam keadaan lapar. 

Pihak polis telahpun menangkap suspek dan merampas pisaunya. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Image via googleapis.com

Lihat video penuh itu di bawah:

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment