Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Tak Sengaja Patahkan Kerusi Kedai, Pekerja Tak Puas Minta Ganti & Buat Report Polis

Dia bukan sengaja buat patah.

Cover image via @syakirbelon4.0 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di TikTok selepas seorang lelaki meluahkan rasa terkejutnya mengenai tindakan oleh seorang pekerja kedai

Menurutnya, pada masa itu dia dan rakannya telah pergi ke sebuah kedai di dalam sebuah pusat beli-belah.

Difahamkan, dia hanya meneman rakannya itu membeli barang dan telah duduk di atas sofa dalam kedai terbabit. Namun, baru sedikit duduk sofa tersebut telah patah membuatkan dia turut terjatuh.

Perkara itu membuatkan seorang pekerja di situ 'naik angin' dan memintanya untuk terus ganti rugi dengan membeli sofa yang baru.

Rakannya itu telah bersuara dan mempersoalkan bahawa sebenarnya kaki sofa di kedai terbabit sebenarnya yang tidak kukuh kerana mendapati ia telah longgar.

Image via @syakirbelon4.0 (TikTok)

Tak puas hati, bawa isu ke balai polis untuk settle

Selepas rakannya itu mempersoalkan mengenainya, pekerja terbabit terus meminta untuk mereka ke balai polis untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Tanpa fikir banyak, lelaki tersebut terus membawa pekerja itu ke balai polis. Setibanya di balai polis, pekerja berkenaan telah menceritakan apa yang terjadi dan pihak polis juga memberitahu bahawa pelanggan itu tidak salah kerana sofa tersebut memang dikhaskan untuk pelanggan duduk.

Malah, menurut pihak polis terbabit pelanggan yang berhak untuk memfailkan saman kerana kedai tersebut telah menyediakan tempat duduk yang tidak selamat.

Pekerja kedai itu bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan meninggikan suaranya di balai polis berkenaan menyebabkan dia terus beredar.

Lihat video penuh itu di bawah:

Memang boleh bahayakan keselamatan kalau keadaan kerusi macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment