Lepas Viral Rakaman Jumpa Ular Sawa, Budak Lelaki Kedah Ini Ambil Job Reporter TV Pula
Wow, hebatlah dik! Macam profesional je gayanya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika semalam satu Malaysia kecoh tentang seorang budak lelaki di Kedah yang membuat liputan terjumpa ular sawa, kali ini dia sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila diberikan tugas menjadi wartawan Astro Awani
Kali ini, wartawan lokasi Astro Awani memintanya untuk membuat laporan semasa di pasar basah Bukit Selambau, Kedah iaitu tempat ibunya meniaga.
Dengan tidak ada rasa kekok, dia selamba memegang mic wartawan dan menjalankan tugasnya dengan lancar, sekali gus mendapat pujian para netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap bawa pusing satu pasar, selamba interview penjual sayur dan ikan
Menerusi perkongsian video daripada wartawan Astro Awani iaitu @hadi48dul di laman Twitter peribadinya, kelihatan pada mulanya dia menemu ramah budak lelaki itu di pasar basah Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia tiba-tiba menyerahkan mikrofon kepada budak lelaki itu untuk menjalankan tugas sebagai wartawan lokasi.
Lebih membuatkan ramai kagum, budak lelaki itu tidak menunjukkan rasa malu atau kekok, sebaliknya dia pantas mencapai mikrofon dan membawa penonton untuk melawat pasar basah itu yang juga merupakan tempat dia menolong ibunya meniaga.
Bukan itu saja, dia juga sempat menemu ramah beberapa orang penjual di situ tentang bisnes, untung dan rugi termasuk ibunya sendiri yang digelar 'Datin'.
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
"Yang bestnya semua orang cool layan je dia tanya soalan. Rasanya Astro Awani dah boleh buat berita kanak-kanak, biar adik ni jadi wartawan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 13.2K retweets, 18.6K likes serta 2.9K quote tweets di laman Twitter.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji bakat semula jadi budak lelaki itu yang sangat luar biasa. Malah, ada yang terfikir bagaimana ibu bapanya mendidiknya sehingga dia dapat menyampaikan berita dengan begitu jelas sekali.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Image via @hadi48dul (Twitter)
Bukan biasa-biasa bakat dia, kita yang orang besar ni pun tergagap-gagap bila kena bercakap spontan depan orang ramai. Adik ni siap buat liputan lagi, power betul!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment