Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Belanja Kurang RM3 Ribu, Wanita Kongsi Buat Majlis Kahwin Berkonsepkan Hi-Tea. Jimatnya!

Selain dapat berjimat-cermat, majlis ala Hi-Tea ini juga menggalakkan para tetamu untuk mengikut timing majlis tersebut.

Bila bercakap tentang majlis perkahwinan ini, adalah lebih baik sekiranya kita utamakan yang penting

Iya, kahwin itu sekali seumur hidup. Namun, ramai anak muda yang sanggup bergolok-gadai dan berhutang demi sebuah majlis perkahwinan yang besar lagi gemilang.

Prinsip begitu usah diturutkan kerana kelak diri sendiri juga yang akan menyesal. Disebabkan majlis yang sekali seumur hidup itu, diri sendiri pula nanti pening memikirkan hutang keliling pinggang.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita telah berkongsikan bagaimana dia hanya menghabiskan kurang daripada RM3 ribu untuk majlis perkahwinannya

Caranya? Dengan menggunakan konsep Hi-Tea!

Menggelarkan dirinya Sis Nad, wanita yang bekerja sebagai jurufoto perkahwinan itu hanya menjemput 200 orang sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat untuk memeriahkan majlisnya.

Image via Twitter @NadJsmi

Image via Twitter @NadJsmi

Menerusi rangkaian tweet, Sis Nad telah berkongsikan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan buat mereka yang berminat untuk membuat majlis perkahwinan seumpamanya

Lebih-lebih lagi kerana majlis perkahwinan turut melibatkan ibu bapa pasangan pangantin, maka perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu.

Image via Twitter @NadJsmi

Ekoran memilih majlis berkonsepkan Hi-Tea, majlis itu hanya berlangsung pada waktu petang termasuklah atur cara perarakan masuk pasangan mempelai.

Image via Twitter @NadJsmi

Disebabkan semuanya perlu dihabiskan pada waktu petang, maka jumlah tetamu perlu dikawal bagi memastikan majlis berlangsung dengan tertib dan teratur.

Image via Twitter @NadJsmi

Mengadakan majlis berkongsikan Hi-Tea atau minum petang ini juga membolehkan pengantin untuk berjimat dari segi perbelanjaan lokasi kerana banyak event space serta restoran yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Image via Twitter @NadJsmi

Image via Twitter @NadJsmi

Bahkan Sis Nad turut menyarankan untuk memilih lokasi yang menyediakan servis penyediaan makanan yang hidangannya sedikit kerana jumlah tetamu yang tidak ramai.

Image via Twitter @NadJsmi

Bukan itu sahaja, mengadakan majlis pada belah petang juga tidak memerlukan pengantin untuk menjamu tetamu dengan makanan yang terlalu berat serta berlauk. Memang satu bonus di situ!

Image via Twitter @NadJsmi

Akhir sekali dan paling penting buat pengantin yang ingin membuat majlis berkongsepkan Hi-Tea adalah untuk memaklumkan terlebih dahulu tentang aturcara majlis serta tema kepada para jemputan di dalam kad undangan.

Selain tampak meriah, kaedah ini juga membolehkan para tetamu untuk mengikut timing majlis tersebut.

Image via Twitter @NadJsmi

Image via Twitter @NadJsmi

Inginkan mood yang lebih romantik untuk majlis perkahwinan? Senang sahaja, mainkan sahaja lagu-lagu bernada instrumental sepanjang majlis berlangsung.

Image via Twitter @NadJsmi

Buat bakal pasangan pengantin yang telah terinspirasi dengan majlis perkahwinan berkonsepkan Hi-Tea ini bolehlah mengikut kesemua pointers yang sudah diberi Sis Nad!

Image via Twitter @NadJsmi/

Menarik juga buat majlis ala Hi-Tea ini. Paling best, jimat duit!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Idea yang bernas untuk dijadikan hadiah hantaran!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment