Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Malaysia Lakar Sejarah Muncul Juara Berganda Piala Dunia ISTAF Sepak Takraw 2024

Malaysia berjaya menewaskan Thailand di final dalam acara double dan regu.

Cover image via HAZREEN MOHAMAD/NSTP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenangan manis buat pasukan Malaysia apabila berjaya menewaskan kuasa besar sepak takraw, Thailand di final dalam acara double dan regu di Piala Dunia ISTAF Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam tadi

Menurut laporan Harian Metro, Ketua pasukan regu negara, Farhan Adam berkata, bukan mudah untuk menang ke atas lawan mereka itu kerana Malaysia sering kali dikecewakan apabila bertemu Thailand.

Jelasnya, kejayaan di perlawanan akhir adalah detik terbaik dalam kariernya selaku pemain sepak takraw di pentas dunia.

"Kemenangan malam ini bagi acara double dan regu untuk saya ia kenangan manis yang saya dapat capai dalam karier. Menentang musuh tradisi Thailand bukan sesuatu yang mudah sebab kita selalu kalah dengan mereka," katanya.

Image via HAZREEN MOHAMAD/NSTP

Terdahulu, skuad regu negara mempamerkan aksi begitu cemerlang untuk mengecewakan Thailand dengan kemenangan straight set 15-7, 15-12.

Selain Farhan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Muhammad Haziq Hairul Nizam yang masuk sebagai pemain gantian juga berjaya beraksi dengan baik.

Kemenangan kali ini menebus kekecewaan kali terakhir di edisi Piala Dunia Korea Selatan yang menyaksikan Malaysia tewas di perlawanan akhir kepada Thailand

Image via HAZREEN MOHAMAD/NSTP

Sebelum itu, pasukan double yang terlebih dahulu turun menentang Thailand membuka langkah cukup gemilang dengan kemenangan straight set 17-16, 15-14.

Namun itu bukan perlawanan yang mudah apabila duo negara, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi bermain cukup baik untuk mendahului 10-3 di set pertama dan meneruskan momentum itu di set kedua dengan kemenangan yang cukup bermakna.

Skuad negara akan meneruskan perjuangan dalam acara regu berpasukan hari ini dan mengidamkan kejuaraan hatrik di tanah air sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment