Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mampu Cecah 500,000 Pelancong Bulan Ini, Hatyai Dah Jadi Macam 'Little Malaysia'

Pergi Hatyai jumpa orang kita saja.

Cover image via Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Hatyai merupakan hotspot utama pelancong Malaysia kerana jaraknya yang dekat dengan sempadan dan boleh masuk menggunakan jalan darat saja

Jadi, tidak hairanlah jika anggaran pelancong Malaysia pada bulan Disember ini sahaja mampu mencecah sehingga 500,000 orang.

Menurut laporan Kosmo!, Pre­siden Persatuan Perdaga­ngan dan Pelancongan Halal Thailand-Asia Tenggara (Tahta) iaitu Aida Oujeh berkata, wilayah selatan Thailand sahaja menerima lebih 230,000 hingga hampir 400,000 pelancong Malaysia yang memasuki negara itu menerusi pelbagai jalan darat dari 21 Disember hingga 31 Di­sember depan.

Katanya, berdasarkan data daripada persatuan berkenaan, kira-kira 4.6 juta rakyat Malaysia melancong ke negara Gajah Putih itu dalam tempoh satu tahun ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Diyana Sahariman (Blog)

Lee Garden Plaza umpama 'Little Malaysia', hampir semua hotel fully booked

"Bilik-bilik hotel di kawasan tumpuan pelancong seperti Hatyai habis ditempah pelancong yang majoritinya rakyat Malaysia yang berkunjung ke bandar paling besar di selatan Thailand ini.

"Untuk pengetahuan, seba­nyak 30,000 bilik penginapan di Hatyai dan wilayah Songkhla telah habis ditempah oleh pelancong sepanjang musim cuti Krismas hingga sambutan tahun baharu 2025," katanya.

Difahamkan, kawasan tumpuan pelancong seperti Lee Garden dikatakan umpama ­'Li­t­tle Malaysia' selepas dipenuhi rakyat Malaysia.

Beberapa kawasan pelancongan lain seperti Sea Verse, pasar terapung Khlong Hae dan Asean Night Bazaar turut dipenuhi pelancong dari negara ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Island Drum

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment