Terapkan Konsep Seni Bina Budaya Cina, Orang Ramai Patut Singgah Masjid Di Melaka Ini!
Unik sebab wujudnya percampuran budaya.
Apa yang sering menjadi kebanggaan rakyat Malaysia?
Sudah tentulah kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadikan kita unik sebagai warganegara Malaysia. Bukan saja ada Melayu, tetapi Cina, India dan kaum lain-lain juga saling melengkapi antara satu sama lain.
Kalau bercakap tentang seni bina, sudah tentu setiap kaum mempunyai ciri seni bina yang melambangkan budaya dan keunikan masing-masing.
Tahukah anda? Di Melaka mempunyai masjid yang berkonsepkan seni bina Cina tau
Image via Ellina/SAYS
Image via Ellina/SAYS
Konsep seni bina masjid ini sering dikatakan sama menyerupai dengan masjid yang berada di Beijing, Shanghai dan Xian. Masjid Cina ini menampilkan sebuah istana lama yang sering kita lihat China.
Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Cina Al-Muttaqin ini terletak dalam Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka. Dibina seluas tapak 0.4 hektar yang menelan kos sehingga RM7.5 juta pada tahun 2014.
Masjid Cina Negeri Melaka ini merupakan masjid Cina ketiga yang dibina selepas masjid di Kelantan dan Perak.
Memiliki dua menara bentuk pagoda untuk membezakan tempat ibadat orang bukan Islam
Image via Panas
Kebiasaannya, setiap tokong Cina akan mempunyai satu menara bentuk pagoda yang melambangkan itu adalah tempat ibadat untuk orang bukan Islam.
Namun, untuk membezakannya Masjid Cina ini dibina dengan dua menara pagoda. Pada awalnya, ramai juga yang keliru dengan tempat ini, namun lama kelamaan Masjid Cina ini telah meraih penerimaan orang ramai.
Masjid ini memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu masa
Dilengkapi dengan bilik tetamu kenamaan, pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, selain kemudahan seperti tandas dan tempat wuduk yang selesa kepada jemaah serta parkir yang luas berhampiran stadium.
Menurut sumber, Imam Satu, Mohd Khabir Abd Karim berkata tujuan seni bina diterapkan adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilang kaum negara ini bahawa Islam tidak pernah menghalang budaya mana-mana kaum selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
"Kita juga meminta pengunjung yang berpakaian kurang sopan dapat memakai jubah yang disediakan sebagai tanda hormat di rumah ibadat," katanya.
Image via Ellina/SAYS
Image via Ellina/SAYS
Image via Ellina/SAYS
Image via Ellina/SAYS
Selain berfungsi sebagai rumah ibadat, masjid ini juga dijadikan tempat anak-anak mempelajari ilmu agama, tempat saudara baharu untuk melafazkan kalimah syahadah dan majlis akad nikah
Image via @littlecaliphsauladmuslehhq (Instagram)
Image via @littlecaliphsauladmuslehhq (Instagram)
Image via @fillea_studio (Instagram)
Alamat:
Masjid Cina Negeri Melaka,
Paya Rumput,
75260 Krubong,
Melaka.
Kalau ada yang nak pergi Melaka tu singgahlah! :D
Image via Ellina/SAYS
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment