Media Indonesia 'Claim' Remaja Di Malaysia Kini Lebih Suka Bercakap Guna Slang Indo
Hmm. Betul ke?
Umum sedia maklum, Indonesia ialah negara jiran Malaysia dan bahasa yang digunakan juga hampir sama selain mudah difahami oleh masyarakat di negara ini
Walau bagaimanapun, sudah banyak isu yang kita lihat kononnya Malaysia mengambil banyak budaya Indonesia.
Baru-baru ini, media Indonesia kembali mendakwa bahawa ramai anak muda di Malaysia kini sudah mula bertutur menggunakan bahasa 'gaul' anak muda Indonesia.
Persoalannya, benar atau tidak?
Dakwa ramai remaja guna bahasa Indonesia untuk bertutur ketika bermain Mobile Legend
Image via KINCIR.com
Menurut sumber, menerusi temu ramah dengan salah seorang rakyat Malaysia yang bernama Imaan, mereka mencapai kesimpulan bahawa ramai anak muda di Malaysia kini menggunakan bahasa Indonesia untuk bertutur ketika bermain permainan Mobile Legend.
"Banyak rakyat Malaysia juga banyak menggunakan bahasa Indonesia. Namun, mereka kebanyakan menggunakannya ketika bermain game. Ia lebih kepada perkataan mengumpat," katanya.
Tambahan lagi, Imaan menjelaskan bahawa ramai rakyat Malaysia bermain permainan dalam talian dan belajar bahasa Indonesia daripada aktiviti itu. Berbanding dulu, mereka belajar bahasa Indonesia melalui sinetron di televisyen saja.
Contoh ayat yang sering digunakan adalah 'bocil' dan 'botol'
Beberapa contoh ayat makian yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia katanya adalah 'bocil' (budak kecil) dan 'botol' (botak bodoh). Bocil dikaitkan sebagai ungkapan untuk menggambarkan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam dan bising.
Imaan turut memberitahu media Indonesia bahawa dia juga menggunakan bahasa Indo ketika membalas mesej WhatsApp daripada teman-teman. Dia juga akui lebih suka mencarut menggunakan bahasa negara jiran itu.
"Rasanya lebih macam mengutuk tau. Tak ada perasaan pun kalau guna bahasa Melayu. Dan secara peribadi, saya suka dengar bunyi bahasa Indonesia," katanya lagi.
Image via Business Insider
Berbeza pula dengan seorang ahli akademik Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Azlinawati Ngainon berkata bahawa dia akui tidak mengetahui bahawa fenomena ini wujud
"Saya tidak tahu menggunakan bahasa Indonesia dalam perbualan ini menjadi popular di kalangan anak muda, maaf jika saya tidak menyedarinya," katanya.
Beliau kemudian berpendapat fenomena ini mungkin semakin kuat kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggunakan bahasa Indonesia ketika menghadiri persidangan peringkat tinggi ASEAN pada awal September dan ditambah pula dengan kandungan dari Indonesia yang ada di media sosial TikTok.
Bukan itu saja, malah menurutnya, lagu Indonesia juga sering menjadi siulan pengguna TikTok di negara ini.
“Bagaimanapun, ini mungkin perkara biasa kerana trend menggunakan lagu atau muzik yang menarik untuk kandungan TikTok," katanya lagi.
Apa pendapat anda pula tentang claim yang media Indonesia keluarkan ini?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment