"Mee Tarik Jom?" - Ini Antara Restoran Chinese Muslim Yang Anda Wajib Try!
Chinese food lovers jom try!
Uniknya di Malaysia, anda beritahu apa saja makanan yang anda mengidam semuanya pasti ada
Dari pelbagai jenis makanan Melayu, Cina, India malah makanan dari luar negara pun ada dihidangkan di Malaysia. Kiranya macam-macam adalah sampaikan tak tahu nak pilih makanan yang mana.
Walaupun pelbagai makanan yang ada, tetapi bagi orang muslim anda juga harus cakna perihal status halal sesuatu kedai. Isu halal bukanlah perkara yang remeh untuk anda hiraukan ya.
Tidak lama lagi seluruh masyarakat berbangsa Cina akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina. Bila dah musim perayaan pastinya semua orang bercuti betul tak?
Jadi, jom kita food hunt Chinese food yang viral dan dijamin halal ini. Boleh feeling-feeling sambut Chinese New Year sekali.
Image via Tenor
1. Mee Hiris China Muslim
Rasa macam nak makan dengan suasana kedai yang classy? Restoran Mee Hiris China Muslim boleh jadi pilihan anda. Anda wajib cuba hidangan signature mereka iaitu Mee Hiris Soup with Braised Beef yang merupakan hidangan popular di sini. Bukan itu sahaja, menu dumpling bersama chili oil yang cukup dengan rasa pedasnya pasti akan membuatkan anda nak repeat makan di restoran ini.
Dapatkan maklumat lanjut di : Facebook
2. Salam Noodles
Image via Salam Noodles (Facebook)
Sesiapa yang tinggal di Cyberjaya pasti tahu tempat ini bukan? Restoran ini terkenal bukan sekadar harga yang berpatutan. Tetapi, hidangan mee dan sate dari Salam Noodles akan membuatkan anda rasa tak rugi untuk cuba. Paling penting, anda jangan lupa untuk order Xin Jiang Mutton Roasted Stick. Anda akan terus rasa jatuh cinta dengan hidangan ini. Bukan itu sahaja, minuman di sini juga semuanya free siap boleh refill lagi. Sangat berbaloi!
Dapatkan maklumat lanjut di sini : Facebook
3. Mee Tarik Warisan Asli
Image via Mee Tarik Warisan Asli (Facebook)
Siapa yang tak tahu restoran Mee Tarik Warisan Asli ini. Restoran ini terkenal dengan hidangan utama mereka iaitu Beef Mee Soup dan Fried Noodle Beef Slice. Bukan sekadar rasa yang enak, malah portion dan saiz makanan yang banyak di restoran ini juga boleh buatkan anda kekenyangan seharian.
Dapatkan maklumat lanjut di sini : Facebook | Instagram
4. Mohd Chan
Image via Rasa.my
Tekak tiba-tiba rasa nak makan Dim Sum? Bolehlah datang ke restoran Mohd Chan ini! Pelbagai jenis hidangan gabungan makanan Cina Muslim Ala Kantonis ada di sini. Menunya bukan sekadar Dim Sum semata-mata, mereka juga ada signature dish iaitu udang masak telur masin, siakap stim teowchew dan macam-macam lagi.
Dapatkan maklumat lanjut di sini : Facebook | Instagram
5. Amber Chinese Muslim Restaurant
Image via MNiaga
Bagi anda yang inginkan hidangan asli dari barat laut China, anda boleh kunjungi restoran Amber Chinese Muslim ini. Anda boleh nikmati masakan gabungan Szechuan yang terbaik di sini melalui hidangan mereka yang dibuat dengan campuran rempah segar dan menggunakan teknik masakan tradisional. Malah, persekitaran dan suasana di sini juga amat selesa dan sesuai untuk gathering.
Dapatkan maklumat lanjut di sini : Facebook
6. Kungfu Ramen
Image via Trip.com
Chinese food bukan sekadar tertumpu dengan hidangan makanan sahaja. Air herbal tea mereka juga memainkan peranan. Jika anda ingin cuba minuman herbal tea yang padu sambil menikmati hidangan mee tarik, anda wajib datang ke Kungfu Ramen ini. Anda boleh cuba minuman air teh herba hawthorn sambil menikmati mee tarik berkuah tomato.
Dapatkan maklumat lanjut di sini : Facebook
7. Mee Tarik, Giant Batu Caves
Image via Mee Tarik
Mungkin ada segelintir saja yang tahu tentang kewujudan restoran hidden gems ini. Di luar nampak seperti kedai-kedai biasa tetapi sekali cuba pasti nak lagi. Pastinya anda akan puas hati dengan saiz hidangan sup mee tarik yang tak kedekut. Lihat saja mee tarik mereka, penuh dengan isi daging sahaja.
Lokasi : Mee Tarik, Medan Selera Giant, Batu Caves, Selangor.
Image via puterimiaa_ (Instagram)
Nampak sedap kan semuanya. Anda bolehlah cuba masa cuti Tahun Baharu Cina nanti. Semoga bermanfaat!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment