Tolak Gajet Untuk Berkhemah, Mencangkul & Memancing. Budak 6 Tahun Ini Buat Ramai Kagum!
Walaupun dibesarkan di Shah Alam, Mikhail Harith yang juga digelar Along ini diajar untuk teroka hidupnya dengan sendiri.
Seiring dengan peredaran masa, penggunaan telefon pintar menjadi antara perkara wajib kepada semua orang termasuk kanak-kanak
Ibu bapa pada era moden kini kerap memberi gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada anak-anak kerana mereka berpendapat bahawa pemberian gajet mampu merangsang pemikiran anak selain membuatkan anak kecil keriangan dan berhenti menangis.
Image via Illuminasi
Walaupun begitu, sikap kanak-kanak apabila berjumpa sesuatu yang menarik dan seronok seperti gajet akan membuatkan mereka alpa dan tidak akan berhenti menggunakan kemudahan itu.
Hal ini tidak akan membantu perkembangan minda dan tumbesaran kanak-kanak secara menyeluruh bahkan akan menyekat kemahiran mereka untuk bersosial dan berkomunikasi.
Penggunaan keterlaluan gajet secara berterusan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan sahsiah kanak-kanak kerana jika tidak dikawal akan menyebabkan mereka berada dalam kelompok dunia sendiri serta menyebabkan mereka bersikap antisosial.
Berbeza pula dengan kanak-kanak lelaki ini yang dibesarkan dengan melakukan aktiviti yang lain daripada yang lain tanpa sebarang penggunaan gajet
Image via Twitter @zhariframli
Satu posting yang dikongsikan pengguna Twitter @zhariframli telah menarik perhatian para netizen. Zharif telah berkongsikan beberapa gambar anak saudaranya yang suka melakukan aktiviti yang berbeza dengan kanak-kanak seusia dengannya.
Mikail Harith, kanak-kanak berusia 6 tahun ini dikatakan menolak untuk bermain dengan telefon pintar ataupun lain-lain gajet kerana dia lebih suka menolong ibunya masak, menjaga adiknya serta menggosok bajunya sendiri. Di samping itu, Mikhail juga gemar untuk masuk ke dalam hutan.
Image via Twitter @zhariframli
Image via Twitter @zhariframli
Image via Twitter @zhariframli
Image via Twitter @zhariframli
Menurut tweet tersebut, walaupun dibesarkan di kawasan bandar, Mikhail yang juga digelar Along diajar untuk teroka hidupnya dengan sendiri. Bapa Mikhail kerap membawanya melakukan aktiviti berkhemah, memancing dan lain-lain.
Ketika berada di kampung, Mikhail akan menolong datuknya menyiram pokok bunga serta bercucuk tanam.
Image via Twitter @zhariframli
Image via Twitter @zhariframli
Image via Twitter @zhariframli
Ramai netizen yang kagum dengan Mikhail serta memuji cara ibu bapanya membesarkan dia
Image via Twitter @zhariframli
Image via Twitter @zhariframli
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment