Menu 'Ramen Durian' Ini Buat Ramai Netizen Kembang Tekak - "Tak Letak Cheese Sekali Ke?"
Mungkin ada yang boleh terima rasa dia?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia sememangnya gemar mencuba pelbagai menu viral yang dipromosikan di media sosial
Senang cerita, pantang nampak menu baru keluaran peniaga, memang ramai akan beratur panjang untuk mencubanya.
Malah, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya demi tidak ketinggalan menu yang sedang viral di TikTok, Instagram atau platform lain.
Namun begitu, baru-baru ini sebuah restoran di Lembah Klang telah mengeluarkan menu baru mereka yang mencuri perhatian ramai dan membuatkan segelintir netizen 'kembang tekak'.
Image via @jllmisai (X)
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna di X iaitu @jllmisai, kelihatan restoran berkenaan menunjukkan cara menyediakan menu terbaharu mereka iaitu Ramen Durian.
Bagi penggemar ramen, pasti ramai yang tidak sangka Durian juga boleh dihidangkan bersama mi dan sup bukan?
Malah, ia dihidang sekali dengan kulit Durian sebagai pengganti mangkuk. Tidak dinafikan, rupanya memang menarik. Tetapi, ada yang tidak boleh menerima menu baru itu.
Image via @jllmisai (X)
Image via @jllmisai (X)
Apa pendapat korang? Onz ke tak onz ramen Durian? :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment