Teguk Minuman 'Non-Halal' Sambil Buat Live, Gadis Dikecam Netizen Ini Jadi Perhatian
Apa lah nak jadi.
Seperti umum ketahui, Islam telah melarang umatnya untuk minum minuman yang memabukkan
Sebagai contoh, minum beralkohol seperti arak. Namun, terbaru ada juga produk yang berupa minuman alkohol tetapi tidak mempunyai alkohol yang dikenali sebagai non-alcoholic drink.
Walaupun ia tidak memabukkan, ia tetap haram kerana ada sesetengah mempunyai peratusan alkohol yang rendah. Malah, pengilangan produk tersebut juga dikeluarkan dari kilang arak yang sama.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan gadis bertudung minum apple cider dengan selamba telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minum apple cider dan dakwa ia memabukkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membuat live TikTok dalam keretanya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia meneguk air apple cider yang haram.
Apabila ditegur netizen, dia dengan selambanya menjawab "ye haram, akak tahu dik, terima kasih atas nasihat ye."
Dia juga memberitahu kepada netizen bahawa dia sedang mempunyai masalah sehingga mental breakdown.
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
"Kenapa stres tak minum air teh bunga ke katira ke sunquick bagai" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M views, 3K retweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Hm, tak tahu lah nak cakap apa dik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment