Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

‘It’s Back!’ - Susu Dutch Lady Perisa Kurma & Ros Bandung Kembali Meriahkan Ramadan Anda!

Memang boleh beli hari-hari untuk dijadikan sebagai hidangan berbuka puasa dan sahur. Sedap pula tu!

Artikel ini ditaja oleh Dutch Lady Malaysia.

Bulan Ramadan sememangnya menjadi bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia

Image via Giphy

Mungkin Ramadan tahun ini akan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana rakyat Malaysia masih menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Paling menyedihkan, kerajaan telah memutuskan bahawa tiada bazaar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi pada tahun ini.

Tidak perlu risau lagi sebab anda masih boleh merasakan ‘mood’ berpuasa walau hanya berada di rumah dengan adanya hidangan air susu kegemaran ramai iaitu Dutch Lady berperisa Kurma dan Ros Bandung!

Image via Dutch Lady Malaysia/Facebook

Makanan Sunnah iaitu Kurma boleh dikatakan pelengkap bulan Ramadan. Tanpa Kurma, rasa macam lain je mood berpuasa. Sebab itulah susu Dutch Lady Edisi Ramadan membawa kembali Dutch Lady perisa Kurma dan Ros Bandung dijadikan hidangan berbuka dan sahur.

Susu Dutch Lady berperisa Kurma ini sesuai dihidangkan ketika waktu sahur untuk memberikan anda tenaga bagi menjalani ibadah puasa. Manakala susu berperisa Ros Bandung pula sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka kerana ia memberikan kemanisan setelah seharian berpuasa.

Dibuat dengan kurma asli dan ekstrak mawar, rasa susu Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung memastikan umat Islam masih mempunyai nutrien yang diperlukan untuk terus bertenaga semasa sahur hingga iftar setiap hari. Ia juga diperkaya dengan Vitamin D yang boleh membantu membina sistem pertahanan badan yang baik.

Jom mulakan hari dengan susu Dutch Lady Kurma untuk mendapatkan tenaga yang tahan lama sepanjang hari dan mengakhiri hari anda dengan kemanisan segelas susu Dutch Lady Ros Bandung yang menyegarkan ketika berbuka puasa!

Umum sedia maklum, rakyat Malaysia kini menghadapi kekangan untuk berjumpa serta mengeratkan hubungan silaturahim dengan yang tersayang ekoran PKP

Image via Giphy

Oleh disebabkan itu, apa kata anda manfaatkan sehabis baik penggunaan digital yang ada. Contohnya, sosial media di mana anda boleh mendapatkan berita terkini, hiburan, tutorial dan sebagainya.

Malah, untuk kekal berhubung dengan yang tersayang pun jadi lebih mudah!

Dengan ini, Dutch Lady memperkenalkan siri #DLVirtualRamadan yang akan disiarkan secara LIVE di Instagram sebagai usaha mengeratkan silaturahim buat mereka yang berjauhan dengan keluarga

Image via Dutch Lady Malaysia/Facebook

Buat pertama kali, rakyat Malaysia masih boleh menyambut Ramadan bersama di rumah masing-masing 'ditemani' selebriti terkenal iaitu Syatilla Melvin dan Eina Azman. Siri ini memberikan pelbagai pilihan buat anda menyediakan juadah sihat berbuka puasa dan sahur dengan tips yang diberikan oleh mereka.

Peminat yang telah menonton IG Syatilla Melvin secara live pada 25 April lalu juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persiapan Ramadan ketika dia berkongsi petua dan pandangannya mengenai amalan yang dipraktik ketika bulan Ramadan ini.

Jangan lupa untuk tonton #DLVirtualRamadan Dutch Lady bersama Eina Azman pada 9 Mei jam 4 petang nanti!

Image via Dutch Lady Malaysia

Untuk memanfaatkan sesi LIVE ini, penonton boleh tonton sesi iftar menarik bersama ibu selebriti Eina Azman yang bakal menghidangkan resepi menyegarkan untuk berbuka puasa. Paling best, penonton juga boleh mengajukan soalan kepada Eina serta ibunya mengenai persiapan mereka di bulan Ramadan ini dan berpeluang memenangi kit eksklusif Dutch Lady Edisi Ramadan!

Image via Dutch Lady Malaysia

Boleh blok terus tarikh di bawah untuk peluang menyaksikan selebriti kesukaan anda di #DLVirtualRamadan :)

  1. Syatilla Melvin (@samtilla): 25 Mei pada jam 10pm
  2. Eina Azman (eina_azman): 9 Mei pada jam 4pm

Walau berjauhan, jom kongsikan kasih sayang serta eratkan lagi hubungan bersama yang tersayang di #DLVirtualRamadan Dutch Lady ini!

NOTA: Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung kini tersedia di semua pasar raya besar dan pasar raya, serta platform e-dagang di seluruh negara sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut tentang susu berperisa Kurma & Ros Bandung serta #DLVirtualRamadan ini, boleh layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia atau Instagram @dutchladymy

Selamat menyambut ibadah puasa kami ucapkan buat setiap umat Islam!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment