Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Misteri Geng Lelaki Bertopeng Edar Ayam Percuma Di KL, Timbulkan Tanda Tanya Ramai

Fuhh, ada vibes ‘La Casa De Papel’ lah!

Cover image via @xyzteamproject (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pendek menunjukkan sekumpulan lelaki bertopeng mengedar ayam percuma di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @xyzteamproject, kelihatan geng lelaki tersebut berhenti di tepi jalan sambil mengedarkan ayam percuma kepada orang awam yang lalu di situ.

Kesemua lelaki itu memakai topeng dan ada yang memegang sepanduk bertulis 'ayam free'. Namun begitu, timbul tanda tanya orang ramai mengenai siapa mereka ini dan apa motif mereka melakukan misi berkenaan.

Image via @xyzteamproject (TikTok)

Image via @xyzteamproject (TikTok)

Kumpulan yang dikenali sebagai XYZMISSION itu mendedahkan mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu

Menurut ketua kumpulan itu, mereka bukanlah VIP, influencer, mahupun selebriti. Sebaliknya hanyalah rakyat Malaysia yang mahu membuat kebaikan dan ingin berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan.

"Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InshaAllah kami akan tolong lebih ramai orang. Kami sama sekali tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anda. Cukuplah dengan mendoakan kami agar dimurahkan rezeki supaya kami dapat membantu lebih ramai orang," katanya.

Terkini, mereka mendedahkan lokasi seterusnya adalah Masjid As-Salam Puchong Perdana dan akan mengagihkan bantuan barangan asas selepas solat Jumaat.

Image via @xyzteamproject (TikTok)

Pada akhir video, mereka berkata akan meninggalkan satu topeng di setiap lokasi yang dilawati sebagai tanda 'misi telah selesai'.

Wow, bagus juga misi mereka ini. Lain daripada yang lain!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment