"Tolong Diam Masa Tengah Makeup!" - MUA Bagi Amaran Buat Bakal Pengantin
Nak cantik ke tak nak cantik waktu bersanding nanti?
Perempuan mana yang tidak ingin kelihatan cantik lebih-lebih lagi semasa hari persandingannya?
Salah satu perkara yang paling dititikberatkan oleh bakal pengantin perempuan sudah semestinya khidmat make-up artist ataupun mak andam.
Manakan tidak, semua pengantin perempuan pasti mahu kelihatan cantik pada hari istimewanya itu, barulah kena dengan panggilan 'raja sehari'.
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Bahkan harga perkhidmatan make-up pengantin sahaja boleh mencecah dari ratusan ringgit hingga ke ribuan ringgit. Ini semua gara-gara impian setiap wanita yang mahu kelihatan paling menawan dalam hidupnya.
Hal ini juga kerana saat-saat perkahwinan bakal dirakam oleh jurugambar serta juruvideo yang mana akan dijadikan kenangan sepanjang hayat.
Akan tetapi, untuk kelihatan cantik semasa hari persandingan bukanlah tugas make-up artist semata-mata tapi bakal pengantin harus memainkan peranan mereka tersendiri.
Seorang make-up artist atau bahasa mudahnya MUA telah memuat naik beberapa status di instastory sebagai teguran dan persediaan kepada bakal pengantin
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Menggunakan platform Instagram @cahayasakinah_mua, MUA tersebut yang lebih mesra disapa Kina telah menyatakan beberapa persediaan yang perlu dilakukan serta dipersiapkan oleh bakal pengantin sebelum sesi solek dijalankan.
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Selepas diteliti, perkara-perkara ini wajar dipatuhi kerana ianya bukan sahaja memudahkan proses solekan itu dijalankan bahkan mampu melancarkan perjalanan majlis dan yang paling penting sekali bakal pengantin juga pasti berpuas hati dengan hasil solekan.
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Baca di bawah untuk mengetahui persediaan yang perlu dilakukan:
Sediakan tudung, corset, keronsang, kasut dan lain-lain dalam bilik solek itu siap-siap
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Kerusi juga memainkan peranan yang penting, ya!
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Yang teringin nak pakai contact lens tu, take note juga.
Lepas itu, jangan lupa makan terlebih dahulu!
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Ini pula peringatan buat keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan pengantin
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Telefon bimbit pula, pengantin kalau boleh jangan pegang langsung!
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Pengantin, tolong diam!
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
MINTA PERHATIAN BUAT MEREKA YANG DILANTIK JADI PENGAPIT AKA BRIDESMAIDS
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Tiada apa yang menggembirakan MUA selain melihat pengantin yang disolekkannya itu cantik pada hari istimewanya
Image via Instagram @cahayasakinah_mua
Amacam bakal-bakal pengantin di luar sana? Boleh ikut tak peringatan-peringatan ini?
Image via Rebloggy
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment