Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Murid Darjah Satu, Amatullah Hamidah Juara Dunia Pertandingan 'Recitation' Bahasa Inggeris

Kanak-kanak itu telah menjadi juara dalam pertandingan International Children And Youth English Recitation Competition yang ke-63.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru sahaja berumur 7 tahun, Amatullah Hamidah berjaya menjadi juara dunia dalam pertandingan recitation bahasa Inggeris

Menerusi laporan Berita Harian, adik Amatullah Hamidah Muhammad Luqman berjaya menewaskan 25 peserta dari negara lain untuk menjuarai pertandingan International Children And Youth English Recitation Competition yang ke-63 anjuran Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA).

Ibunya, Hasmah Darwis berkata penyertaan anaknya ke dalam pertandingan itu adalah tidak dirancang dan persiapan yang dilakukan hanyalah dalam tempoh seminggu sebelum pertandingan berlangsung.

"Ini penyertaan antarabangsa Hamidah yang pertama dan sebenarnya kami mahu beri dia pengalaman selain mencari markah kepadanya sebagai calon tokoh murid PASTI daerah Kuala Terengganu untuk pertandingan PASTI peringkat negeri di Sarawak.

"Dalam pertandingan yang diadakan secara dalam talian itu, Hamidah pilih untuk bersajak dan memang nampak kesungguhan dia berlatih tetapi saya dan suami tidak letak harapan yang tinggi dan tidak memberinya tekanan.

"Kemenangan Hamidah diumumkan dalam satu majlis pada 25 Januari lalu dan ia satu keputusan yang mengejutkan kerana Hamidah mencipta kejayaan di peringkat dunia pada usia yang muda," katanya.

Image via Berita Harian

Kanak-kanak tersebut meluahkan rasa gembira selepas berjaya menjuarai pertandingan berkenaan

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu, Muhamad Luqman Al Hakim berkata bakat yang ada pada anaknya akan dikembangkan dan diasah sebaik mungkin.

"Hamidah masih muda dan perjalanan jauh lagi. Sebagai orang tua, kami bangga dengan pencapaian Hamidah namun kami tidak mahu dia tersasar," katanya.

Dalam pada itu, adik Hamidah meluahkan rasa seronok dan teruja selepas pengumuman itu dilakukan.

"Saya suka berpidato kerana ia bukan sahaja dapat buat saya gembira tetapi melatih saya untuk menjadi lebih berani," ujarnya.

Pertandingan anjuran GASCA yang berpangkalan di Hong Kong ini merupakan pertandingan pidato dalam talian menghimpunkan peserta cilik dan belia dari seluruh dunia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment