Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Musalla Al-Abrar Sungai Penchala Terapkan Konsep Tropika Di Tengah Bandar - "Surau Unik!"

Untuk rekod, surau ini berbentuk seperti seakan-akan kiub.

Cover image via @puteriarchy (X) Bernama

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah surau yang unik di tengah-tengah bandar di Sungai Penchala

Surau yang dikenali sebagai Musalla Al-Abrar itu menerapkan konsep industrial chic dan sentuhan tropika. 

Sebelum ini, belum pernah surau dan masjid yang berbentuk sebegitu. Orang ramai pasti akan menganggap surau akan mempunyai kubah bukan?

Tetapi tidak untuk surau ini, bangunan Musalla Al-Abrar merupakan bangunan berbentuk petak dengan blok konkrit. 

Image via @puteriarchy (X)

Dapat ilham daripada struktur bangunan suci Kaabah di Masjidil Haram, Makkah

Menurut laporan Bernama, bangunan tersebut dibina oleh artkitek bernama Hafiz Ismail yang berumur 48 tahun.

"Saya diilhamkan oleh bentuk Kaabah yang menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun untuk pergi ke sana," katanya.

Musalla Al-Abrar ini mempunyai dua dewan solat yang boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu masa. Ia juga mempunyai ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur.

Surau yang berada di bawah pentadbiran Yayasan Tawfiq ini siap dibina pada tahun 2016 dan telah menjadi tumpuan umat Islam bukan sahaja dari kawasan sekitar, tetapi juga dari luar Lembah Klang, untuk menghadiri aktiviti keagamaan termasuk ceramah.

Image via BERNAMA

Terapkan konsep 'brutalisme tropika'

Menurutnya, brutalisme merujuk kepada penggunaan bahan untuk dinding dan surau yang menggunakan pembinaan konkrit yang disaluti simen tanpa semburan cat. 

Manakala tropika pula merujuk kepada landskap surau yang penuh dengan kehijauan. 

Image via @puteriarchy (X)

Image via BERNAMA

Image via BERNAMA

Image via BERNAMA

Image via BERNAMA

Image via Rileklah

Image via Rileklah

Image via Rileklah

Tenang je tengok, cantik & estetik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment