Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Serius Mudah Nak Belajar Bahasa Pasar Dengan 'Urban Dictionary' Versi Malaysia Ini. Best!

Belajar lebih seronok!

Cover image via myslangbank

Bahasa Malaysia adalah satu bahasa yang indah

Image via karousell.com

Inilah identiti yang menyatukan kita semua rakyat Malaysia walaupun berbeza bangsa, agama, dan budaya. Lebih menarik lagi, bahasa ini juga datang dalam dua versi iaitu bahasa baku untuk tujuan formal dan juga bahasa pasar untuk tujuan komunikasi harian.

Namun bagi sesiapa yang jarang bertutur dalam bahasa ini, pasti agak sukar untuk mereka memahami istilah-istilah pasar yang lebih lazim digunakan oleh masyarakat Melayu. Pertuturan tidak formal ini sememangnya unik, istimewa, dan tiada galang gantinya, hanya orang Malaysia sahaja yang boleh faham!

Walaupun bahasa pasar tiada dalam kamus rasmi, kini anda boleh belajar dengan mudah menerusi My Slang Bank di Instagram

My Slang Bank merupakan 'urban dictionary' versi bahasa Malaysia yang telah diwujudkan sejak Julai 2018 bagi membantu orang ramai untuk mengenali bahasa pasar kita yang unik dengan lebih dekat.

Image via My Slang Bank

Inisiatif ini dilihat begitu menarik kerana sebelum ini tiada satu pun kamus moden seperti ini dihasilkan. Ketika artikel ini ditulis, My Slang Bank telah pun menerbitkan sebanyak 241 perkataan di Instagram mereka yang anda boleh pelajari dengan mudah.

Lebih menarik lagi, setiap perkataan disertakan sekali dengan cara sebutan, deskripsi, dan juga contoh ayat bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok!

Bukan setakat seronok, malah lebih senang nak faham. Contohnya di bawah:

Image via My Slang Bank

Image via My Slang Bank

Image via My Slang Bank

Ada banyak lagi perkataan yang anda boleh belajar dan semuanya memang tak ada dalam kamus rasmi!

Image via My Slang Bank

Barulah senang sikit nak bertutur dalam bahasa pasar dengan kawan-kawan. Kalau dilihatkan pada satu demi satu perkataan, kami yakin akan ada gelak tawa kecil yang keluar dari mulut anda.

Image via My Slang Bank

Kami pun tergelak bila baca sebab kelakar dan best! And yes, perkataan-perkataan ini memang kita gunakan dalam percakapan seharian tanpa kita sedar.

Selain bahasa pasar, My Slang Bank turut menyelitkan beberapa perkataan loghat lain seperti Negeri Sembilan, Sarawak, dan macam-macam lagi

Image via My Slang Bank

Image via My Slang Bank

Image via My Slang Bank

Memang seronok layan My Slang Bank ni!

Anda boleh layari Instagram My Slang Bank dan enjoyConfirm tak menyesal punyalah. ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment