Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nabila Beri 'Lampu Hijau' Buat Sharnaaz, Jebat Jayden Bakal Dapat Mommy Baharu?

Umum mengetahui, Amelia Christie Lim yang juga pelakon ialah kekasih kepada Sharnaaz.

Cover image via @noornabila (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Boleh tak kalau nak 'aunty' ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat)," kata anak pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden

Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby itu mengundang perhatian warganet sehingga ramai yang bersetuju dan merestuinya.

Umum mengetahui Amelia Christie Lim yang juga pelakon ialah kekasih kepada Sharnaaz.

Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy. Kemunculan Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya.

Pada masa sama, ibu Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang ketika bermain dengan Amelia.

Jebat juga secara berseloroh mahukan tiga Mommy

"Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana)," katanya.

Sebelum ini menerusi perkongsian video baik daripada Sharnaaz mahu pun Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat dan Amelia. Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.

Malah, pada video Mommyhana kelihatan bagaimana Nabila dan Amelia tidak kekok bersama. Hubungan mesra mereka seperti kakak dan adik.

Mungkinkah impian Jebat mahukan Mommy baru tercapai? Jadi, sempena sesi persekolahan baru ini, jom kita cari beg sekolah Mommyhana.

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment