Nak Lantai Rumah Korang Berkilat & Wangi? Cuba Guna 3 Bahan Ini, Mesti Menjadi!
Ada siapa-siapa pernah try tak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Korang perasan tak, walaupun sudah mop berkali-kali, lantai di rumah tetap nampak kusam?
Tambahan pula bagi yang ada anak kecil, baru mop dah tertumpah air dan makanan sana sini. Sekejap je lantai bersih kan?
Haa, kali ini kami akan kongsikan tips dan petua mudah supaya lantai rumah anda nampak berkilat dengan hanya menggunakan tiga bahan saja.
Selain lantai bersinar, rumah pun jadi wangi tau. Nak tahu rahsianya? Cuba skrol sampai bawah okay!
Image via IMPIANA
1. Air panas
Pertama sekali, anda perlu tuangkan air panas ke dalam baldi secukupnya.
Image via Liputan 6
2. Pelembut pakaian
Kemudian, sukat cecair pelembut pakaian menggunakan penutupnya. Masukkan satu penutup cecair tersebut ke dalam baldi yang telah berisi air panas.
Image via Vanilla Kismis
3. Cuka makanan
Kemudian, tambahkan lima titis cuka ke dalam baldi yang sudah berisi air panas dan pelembut pakaian. Kacaukan semua bahan di dalam baldi sehingga sebati. Selepas itu, anda sudah boleh mengemop lantai seperti biasa!
Image via Siti Suziana
Walau bagaimanapun, cuka tidak boleh diletakkan secara berlebihan kerana akan menyebabkan permukaan lantai menjadi terlalu melekit. Selamat mencuba guys!
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment