Netizen Tak Puas Hati Kemudahan Kebanyakan Surau Mall Di Malaysia - "Mesti Berbau"
Perkara ini penting kerana di Malaysia majoriti adalah beragama Islam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di Malaysia, banyak tempat pusat beli-belah kita boleh lihat hari ini
Malah, kadangkala satu tempat sehingga mempunyai dua hingga tiga pusat beli-belah. Contohnya lihat sahaja di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan dengan adanya pusat beli-belah, ia memudahkan orang ramai untuk membeli barangan keperluan mereka.
Namun, baru-baru ini ramai netizen mempersoalkan tentang kekurangan yang terdapat di beberapa buah pusat beli-belah.
Ramai pertikai kebersihan surau di pusat beli-belah
Menerusi perkongsian di laman X, seorang individu memberitahu tentang kekesalan yang ramai hadapi ketika berada di pusat beli-belah.
Menurutnya, surau merupakan kemudahan yang perlu ada di sesebuah pusat beli-belah. Namun begitu, kebersihan surau di situ pula tidak memberangsangkan dan mengecewakan ramai.
Malah, ada yang mempertikaikan kedudukan surau didirikan kerana lokasinya yang agak jauh untuk berjalan.
"Seriously Malaysia malls. Jadikanlah surau tarikan pengunjung. Muslim will spend more time in your malls kalau surau selesa. Asar Maghrib Isyak waktu tak terlalu jauh. They will gather, shop, have lunch and dinner at your malls lama-lama," tulisnya.
Image via X
"Surau bau busuk, rasa mcm solat dlm bilik penuh lambakan stokin" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen turut tidak berpuas hati dengan kualiti surau di dalam pusat beli-belah.
Malah, ada yang mempertikaikan kedudukan surau kerana hanya satu tempat dan perlu untuk berjalan jauh.
Lihat antara komen-komen netizen di TikTok:
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Harap lepas ni mall-mall dekat Malaysia boleh perbaiki lagi tahap kebersihan surau mereka ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment