Letak Nota Kecil 'Sweet' Dekat Bekal Makanan Suami, Lelaki Ini Segan Diusik Rakan
Jealousnya, nak juga!
Perkahwinan merupakan satu fasa dimana kita dan pasangan berjanji untuk hidup bersama sampai ke akhir hayat
Iyalah, manisnya bercinta selepas bernikah merupakan satu nikmat yang diimpikan oleh setiap pasangan.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang lelaki yang dilihat malu selepas rakan-rakannya membaca nota romantik oleh isterinya pada bekal makanan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kawan-kawan teruja tengok nota dekat bekal makanan
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @yusrychow, kelihatan lelaki itu yang baru saja berkahwin dilihat membawa bekal makanan yang dibuat oleh isterinya ke tempat kerja.
Apa yang lebih menarik perhatian, isterinya siap meletakkan nota kecil pada bekal makanan tersebut dan perkara itu kantoi dengan kawan-kawannya. Mereka menyakat lelaki itu dan ingin melihat apa yang ditulis oleh isterinya membuatkan dia menahan malu.
“Have a good day baby, jangan gatal. I love you,” tulis isterinya.
Image via @yusrychow (TikTok)
Image via @yusrychow (TikTok)
Image via @yusrychow (TikTok)
“Kesian member baru nak makan dah kena bahan” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang malu diusik oleh kawan-kawannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan yang kini telah meraih 1M tontonan, 88.5K tanda suka dan 1.6K perkongsian di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @yusrychow (TikTok)
Image via @yusrychow (TikTok)
Image via @yusrychow (TikTok)
Buat apa nak malu bang, kenalah bangga sebab orang lain tak dapat nota sweet macam tu :P
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment