Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nurul Izzah Izzati Raih Pingat Emas Keirin ACC 2024 Di India - "Tamatkan Kemarau 12 Tahun"

Tahniah 'The Pocket Rocketwoman'!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terus mempamerkan kayuhan bertenaga apabila menjelmakan kilauan pingat emas dalam acara keirin wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India, semalam

Menurut Harian Metro, dalam aksi final yang berlangsung di Velodrom Indira Gandhi sebentar tadi, 'The Pocket Rocketwoman' berjaya menebus kekecewaan apabila menidakkan kemenangan pelumba dari China, Tong Mengqi.

Sebelum ini dalam acara pecut pelumba wanita negara itu dikecewakan Menqi.

Seorang lagi pelumba negara, Anis Amira Rosidi turut berjaya membanggakan Malaysia selepas meraih gangsa dalam aksi final itu.

Dengan kemenangan emas hari ini, Nurul Izzah berjaya menambah pungutan pingat peribadi selepas meraih gangsa dalam acara pecut Jumaat lalu dan meraih perak dalam acara pecut berpasukan wanita pada 21 Februari lalu.

Image via Sinar Harian

Nurul Izzah Izzati digelar 'The Pocket Rocket' yang baharu buat Malaysia

Itu pendapat Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley selepas pelumba itu memenangi pingat gangsa dalam acara pecut individu wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India, baru-baru ini.

Tubuh badan kecil yang dimiliki pelumba wanita negara itu mirip jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang diberi julukan sebagai ‘The Pocket Rocketman’.

Beasley berkata berdasarkan prestasi semasa, Nurul Izzah kini di landasan tepat bagi mencetuskan impak di pentas antarabangsa tetapi menegaskan masih ada banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki untuk pelumba itu melangkah lebih jauh.

Nurul Izzah Izzati (kiri) mempamerkan pingat emas yang berjaya diraihnya, manakala Anis Amira pula menggondol gangsa.

Image via Ihsan Skuad Berbasikal Trek Negara via Harian Metro

“Saya sememangnya tahu Izzah sudah tidak jauh lagi, dia adalah seorang lagi ‘pocket rocket’ Malaysia.

“Untuk mencapai kejayaan di kejohanan ini dalam tempoh awal kerjayanya adalah sesuatu yang istimewa. Namun, masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia nantikan aksinya pada kitaran Olimpik yang seterusnya,” kata Beasley.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment