Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ogy Ahmad Daud Mentua Yang Paling Ditakuti, Elizad Sharifuddin Pula Tak Nak Mengalah

Bila mentua vs menantu.

Cover image via Tonton

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik di antara menantu dan mentua sentiasa menjadi topik hangat dalam masyarakat kita

Ia sering kali penuh dengan drama dan ketegangan yang menarik perhatian. Kini, TV3 mempersembahkan ‘Mentua’, sebuah drama yang menggambarkan pergolakan emosi dan konspirasi dalam sebuah keluarga yang berdepan dengan ujian cinta, kesetiaan, dan pengkhianatan.

Terbaharu di slot Lestary, drama ini menampilkan pelakon hebat tanah air seperti Fauziah Dato' Ahmad Daud (Ogy), Elizad Sharifuddin dan Syarul Ezani, yang akan bersiaran mulai 24 Ogos 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3.

‘Mentua’ menandakan detik kemunculan semula Elizad Sharifuddin memegang watak utama dalam slot drama bersiri TV3. Kepulangan Elizad ke kaca televisyen sememangnya dinantikan oleh peminat yang merindui lakonan hebatnya, dan kali ini, beliau kembali dengan membawa watak yang penuh emosi yang berat dan mencabar.

Image via Drama Sangat (Facebook)

Menurut Elizad Sharifuddin, setelah lama tidak berlakon dan ini merupakan kemunculan pertamanya dalam drama bersiri dan amat bersyukur diberi peluang untuk berlakon dalam naskhah hebat seperti ‘Mentua’.

"Berdepan dengan cabaran melakonkan watak bersama Ogy Ahmad Daud, seorang legenda yang saya hormati, benar-benar menguji kemampuan saya sebagai pelakon. Saya percaya bahawa untuk menjadi lebih baik, kita perlu mencabar diri dengan bekerja bersama mereka yang lebih berpengalaman.

"Kerana ilmu itu sangat luas, jadi ambillah yang terbaik daripadanya. Saya tidak sabar untuk penonton menyaksikan keserasian dan ketegangan antara watak kami yang pasti akan memukau anda semua," katanya.

Lebih menarik lagi, dengan penampilan hebat Ogy yang dikenali dengan kebolehannya membawa watak antagonis dengan hebat, sebagai mak mentua yang jahat dalam drama ini, pastinya akan mencuri perhatian dan membawa elemen ketegangan yang mengujakan dalam setiap episod.

Dengan gabungan dua bakat unggul Elizad dan Ogy, ‘Mentua’ yang dipenuhi dengan konflik, drama, dan emosi dijangka menjadi sebuah karya siri epik yang mampu mengikat perhatian penonton dari awal hingga akhir.

"Buku bertemu ruas!" - Bila mentua vs menantu

‘Mentua’ mengisahkan Azizah (Fauziah Dato' Ahmad Daud), seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia (Elizad Sharifuddin), yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani).

Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya, “When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”

Konflik bermula apabila anak sulungnya, Amir, berkahwin dengan Emilia, seorang usahawan muda tekstil yang berjaya. Azizah merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yang dianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan.

Emilia mempunyai hampir 90% persamaan karakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan. Azizah mula merancang untuk menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan pekerjanya dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka.  

Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh OrangeTree Production yang menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Dato' Ahmad Daud, Elizad Sharifuddin, Syarul Ezani, Dato' Jalaluddin Hassan, Apich Lo, Dayang Areeda, Hanna Aqeela, Raden, Faradhia dan ramai lagi.

Image via Tonton

Image via Tonton

Mampukah Azizah menyingkirkan Emilia? Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri ‘Mentua’ yang penuh dengan konflik mendalam antara menantu dan mak mentua, mulai 24 Ogos 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton www.tonton.com.my

Anda juga boleh memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Drama Mentua yang akan menyerikan malam minggu anda ini dibawakan khas oleh Friso® Gold dan Sensodyne.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Tonton video trailer di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment