Pemilik Syarikat Pakej Umrah Ditahan Polis Atas Kes Penipuan - "Ramai Mangsa Terkandas"
Mereka membuat iklan mengenai pakej umrah di aplikasi TikTok dan berhubung dengan ejen yang dilantik pihak syarikat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis menahan pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pengendali umrah di Kuala Lumpur malam tadi
Dalam satu kenyataan media, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan ke atas pasangan suami isteri itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada pukul 7 malam, 15 Januari bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima tujuh laporan berkaitan penipuan umrah.
"JSJK telah membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri tersebut. Polis merampas beberapa buah komputer, pasport dan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan," katanya.
Tambah beliau, JSJK Selangor menerima satu laporan polis berkaitan kes penipuan umrah melibatkan sebuah syarikat yang dibuat di Sepang.
"Mangsa wanita berusia 39 tahun yang merupakan pekerja swasta mengalami kerugian RM11,000 selain terkandas untuk menunaikan umrah pada 14 Januari lalu.
"Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. Setakat ini sebanyak tujuh laporan diterima," katanya.
Image via Harian Metro
Sidang media kecoh selepas pemilik di tahan
Sementara itu, ketika di tahan pihak polis, Mohd Syahril baru selesai mengadakan sidang media dan perjumpaan bersama jemaah umrah terlibat.
Difahamkan penahanan ini susulan laporan polis dibuat oleh jemaah yang menuntut penjelasan terhadap kegagalan penerbangan berkenaan.
Sidang media yang bermula tenang bertukar kecoh dan tegang apabila ada jemaah yang tidak bersetuju dengan tawaran dikemukakan pihak syarikat.
Menerusi laporan, salah seorang jemaah yang ingin dikenali sebagai Ida mendakwa hanya diberitahu penangguhan tersebut pada petang Ahad.
Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak syarikat adalah hotel penginapan telah dibatalkan oleh pihak Arab Saudi dan berjanji mengembalikan semula wang jemaah terbabit.
Semakan mendapati seramai 379 mangsa berurusan dengan syarikat itu dan terkandas untuk mengerjakan umrah pada 14 Januari lalu membabitkan kerugian berjumlah RM2.1 juta.
Difahamkan,syarikat mula beroperasi sejak 2022 sebelum berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober 2024.
Image via Polis Selangor (Facebook)
Image via Polis Selangor (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment