Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pemuda Hadiahkan Pak Cik Motosikal Lepas Viral Video Hantar Anak Ke Sekolah Naik Basikal

Alhamdulillah, murah rezeki dia.

Cover image via @adrianedy7 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengorbanan ibu bapa memang tidak terkira dengan wang ringgit

Tanpa pengorbanan mereka, tidak kita berjaya sehingga sekarang. Ada kalanya mereka sanggup berikat perut demi mengenyangkan kita.

Belum lagi kita lihat usaha mereka untuk mencari duit demi memastikan pendidikan kita terjamin. Selain ibu yang melahirkan kita, ayah juga tidak kurang hebatnya.

Jika anda masih ingat, sebelum ini pernah tular video memaparkan seorang pak cik yang menghantar anak perempuannya menggunakan basikal telah menyentuh hati ramai.

Terima hadiah motosikal selepas video tular

Lelaki yang dikenali sebagai pak cik Basri itu mula tular selepas videonya menghantar anak perempuan ke sekolah menaiki basikal yang sudah diubah suainya.

Di dalam video tersebut, basikal itu telah diubah suai dengan meletakkan bumbung dan tempat duduk di bahagian belakang untuk anaknya.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga seorang pemuda yang dikenali sebagai Adrian Edy menghadiahkannya sebuah motosikal.

Adrian memberitahu dia tersentuh hati melihat pengorbanan pak cik berkenaan dan berharap pemberian motosikal ini dapat meringakan sedikit sebanyak beban buatnya.

"Sedih sangat nampak video pak cik Basri naik basikal bersama anaknya Putri Sarah yang tular, syukur kita hadiahkan motosikal baru buat mereka, hadiah daripada rakyat untuk mereka, pakcik Basri dulu kerja jual aiskrim keliling kampung, setiap hari hantar dan ambil anak dari sekolah guna basikal," tulisnya.

Rezeki pak cik ini dapat motosikal daripada orang yang baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment