seismik

Pengangkutan Awam Paling 'Function' Bila Pergi Melancong, Ini 7 Metro Terbaik Di Dunia

Senang nak pergi mana-mana kalau ada pengangkutan awam ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita melancong di luar negara, sudah tentu kereta api atau metro menjadi pengangkutan awam utama untuk bergerak ke setiap lokasi betul tak?

Iyalah, kalau nak sewa kereta mahal pula kosnya. Buat apa buang duit banyak-banyak sedangkan kita hanya perlu menaiki pengangkutan awam untuk sampai di lokasi dengan lebih cepat. Mudah pun iya, tak perlu cari parking kan?

Untuk edisi artikel kali ini, kami akan kongsikan tujuh metro terbaik di dunia yang mana sistem canggih mereka tiada tandingannya. Bukan itu saja, yang paling penting tourist friendly tau!

1. Singapura

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent

Semua orang terutamanya penduduk di negara Asia tahu, Singapura memiliki MRT yang canggih dan teratur. Negara ini mendapat penghargaan sebagai pengangkutan yang paling efisien pada tahun 2010. MRT ini juga mendapat penghargaan teknologi paling inovatif dan metro terbaik di Asia-Pasifik.

2. Hong Kong

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via China Discovery

Hong Kong memang terkenal dengan sistem transportnya yang cukup moden, malah sering disebut sebagai Las Vegas Asia. Difahamkan, jika MRT tertunda lebih dari 30 minit, pemerintah harus membayar sebanyak HK $ 1.000.000 atau RM1.4 juta. Sebab itulah MRT di Hong Kong tidak pernah lewat. Jadi, memang layaklah ia menjadi salah satu MRT terbaik di dunia.

3. Dubai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Arabian Business

Dubai Metro dirasmikan pada 2009, di mana ia merupakan sistem kereta api automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia. Ia memiliki dua jalur komuter yang sangat mengutamakan keselesaan penumpang dengan menyediakan koc untuk pelanggan kelas 'gold', koc wanita dan anak-anak.

4. Tokyo

Gambar sekadar hiasan.

Image via Railway Technology

MRT di Tokyo adalah yang paling terkenal kerana kelajuannya dan paling menepati waktu. Tokyo Metro juga memiliki sistem efisien sehingga menjadikannya yang paling maju.

5. New York

Gambar sekadar hiasan.

Image via UrbanRail.Net

Oleh kerana New York merupakan bandar yang sentiasa sibuk, maka kereta api di sini juga dikenali dengan paling laju dan beroperasi selama 24 jam. Malah, ia juga menjadi tempat berkumpul pemuzik jalanan di stesen kereta api bawah tanah.

6. Paris

Image via The Guardian

Siapa saja yang tidak tahu Paris? Bandar ini menjadi destinasi pelancong dari pelbagai negara, jadi tidak hairanlah jika MRT nya memiliki 245 stesen dan 14 laluan rel. Ia sangat memudahkan pelancong yang ingin kemana-mana untuk mengelilingi bandar ini.

7. Guangzhou

Image via Huacheng

MRT di Guangzhou dibuka pertama kali pada tahun 1997. Guangzhou merasmikan sistem kereta api bawah tanahnya selepas menjadi tuan rumah Sea Games 2010. Sehingga kini, bandar tersebut telah memiliki 8 laluan rel dan 144 stesen. Apa yang menarik ialah perjalanan ekspres dari Guangzhou ke Hong Kong hanya mengambil masa 48 minit je!

Jadi, korang setuju tak metro memang pengangkutan awam paling 'function' kalau pergi travel?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment