Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Peniaga Buang Minuman Tak Habis Jual, Netizen Berdebat Kenapa Tak Sedekahkan Dekat Orang

Kena faham adab bersedekah.

Cover image via @studiokayangan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sistem pembuangan sisa makanan di bazar Putrajaya

Dalam video berdurasi 1 minit itu, peniaga dilihat membuang minuman dan makanan yang tak habis jual ke dalam tempat yang disediakan. Sistem pembuangan sisa makanan itu sangat teratur dan tidak mencemarkan kawasan. 

Namun, ramai pula tertumpu kepada peniaga-peniaga membuang sisa minuman yang tak habis jual. Mereka dilihat membuang air berperisa itu ke dalam tempat yang disediakan. 

Image via @studiokayangan (TikTok)

Ramai pula berbalah dan memberi pendapat supaya peniaga sedekahkan air dekat orang lain

"Dari buang why not sedekah? Tak pun bungkuskan bagi dekat masjid atau surau" tulis salah seorang pengguna di laman X.

Ada yang berpendapat bahawa air itu sebenarnya boleh disedekahkan. Namun, ada juga segelintir orang yang tidak setuju kerana bersedekah juga ada adabnya.

Salah seorang pengguna di laman X membalas ciapan tersebut.

1. Risau food poisoning nanti masjid kena hadap.

2. Adab bersedekah bukan dengan sisa.

3. Benda ni kadang jadi waste dekat masjid pula dan ajk masjid pula kena buat kerja extra.

Image via @studiokayangan (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Nasib baik buang, daripada jual semula untuk hari esok kan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment