Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Penyeluk Saku Boleh Minum Kopi Lepas Mencuri" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Di Paris

Biarlah Malaysia 'mundur' kalau inilah cerminan negara 'maju'. Banyak lagi kota negara eropah yang cantik dan selamat selain paris." - Wazli Watisin.

Cover image via Wazli Watisin / Facebook

Sebut sahaja tentang percutian romantik, automatik akan terfikirkan Kota Paris. Mana tidaknya, Paris merupakan lokasi berbulan madu dan pilihan hampir setiap pasangan yang baru mahupun yang sudah lama mendirikan rumahtangga.

Gambar sekadar hiasan

Image via Trip Savvy

Ya, betul. Kota Paris memang nampak begitu cantik dan unik tambahan pula dengan adanya Eiffel Tower yang wajib menjadi 'background' gambar setiap orang yang berkunjung ke sana.

Sama juga seperti pelancong asing yang datang ke Malaysia dan ingin menangkap gambar dengan latar belakang KLCC.

Gambar sekadar hiasan

Image via Irish News

Memang tidak dapat dinafikan, pemandangan di Kota Paris ini sesungguhnya boleh dipuji. Tambahan pula ketika waktu malam menjelma, dengan lampu yang menerangi Eiffel Tower membuatkan pemandangan bertambah cantik.

Namun begitu, ada cerita lain di sebalik kecantikan Kota Paris yang dikagumi ramai ini. Ianya telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Wazli Watisin.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

Image via Wazli Watisin / Facebook

PARIS: Kota Cinta Yang Memperdaya.

Kota Paris yang terkenal dengan menara eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Itu mungkin pendapat sesetengah orang, bagi aku itu hanyalah sebuah metos. Realitinya kota paris adalah kota penuh tipu daya.

Bagi aku kota Paris bukan tempat yang selamat, jauh sekali dengan istilah bersih. Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Romantik tang mana pun aku tidak tahu, mungkin lain orang lain seleranya.

Pengalaman aku bermusafir di kota paris bukan sesuatu yang positif. Keluar sahaja dari airport Ch De Gaulle, aku terus disajikan dengan bau hancing kencing manusia di merata-rata kawasan metro (keretapi). Aku juga dihidangkan dengan pemandangan longgokan sampah sarap sepanjang menaiki metro selama beberapa hari di paris.

Image via Wazli Watisin / Facebook

Menurut gambar di atas, yang basah-basah tu semua kencing manusia sebenarnya. Stesen2 kereta api sini tiada tandas, kotor dan berbau. Kau tengok pun ada muncul rasa seram, stesen kereta api di KL 30 kali ganda lebih cantik.

Bukan itu sahaja, dia juga 'dicopet' ketika berada di Kota Paris ini

Lagi sadis, aku dicopet di kota ini. Penyeluk saku di kota ini diiktiraf di antara terbaik dunia. Aku tidak bersedia sampai tahap dunia masa tu, kerana aku juga pernah sampai di kawasan eropah timur yang dianggap jenayah tertinggi. 

Tiada pula aku mengalami peristiwa ngeri. Jibai punya penyangak... Minta2 ko cirit birit makan hasil duit aku tu. Lagi bagus kalau buasir sekali..(Alhamdulillah kerana hatiku tergerak untuk menginsurankan semua yang aku bawa). 

P/s: Pada rakan-rakan yang ingin mengembara, belilah insuran sebagai penyejuk hati yang lara jika ada apa2 yang berlaku diluar jangkaan.

Lebih mengeruhkan keadaan, tiada langsung anggota polis yang ada ketika itu. Malah, penyeluk saku juga boleh 'minum kopi' selepas menyeluk saku. Hebat sungguh Kota Paris ini.

Yang lebih sadis, kita tidak akan nampak seorang polis pun di tempat-tempat jenayah ni. Penyeluk saku boleh minum2 kopi selepas meyeluk. Tak perlu tenaga untuk melarikan diri. Lagi satu, pengalaman aku berurusan dengan balai polis sini macam berurusan dengan negara ketiga.

Memang sangat sadis, siap polis terima report masa office hour sahaja. Kepala bejambul betul, ingat jenayah ni berlaku office hour ja ka?

Jangan cerita nak buat report dulu la, nak masuk sampai kaunter balai dia pun sesusah menembusi kubu hitler. Berlapis-lapis jeriji besi yang perlu dilalui, dan kau akan menempuhi soal siasat melalui interkom dalam bahasa yang sangat sukar difahami. 

Sejam baru tembus kaunter la kawan...tu pun kalau tembus lah. Masa ini lah aku sangat bersyukur hidup di malaysia, terima kasih sahabat2 polis kita.

Image via Wazli Watisin / Facebook

Menurut gambar di atas, balai polis ni hanya dibuka 8 jam sehari je...jangan kan buat report, masuk pun gagal. Bila kami tekan interkom, cakap nak buat report, terus dia tutup lampu satu balai. Bila kami beredar dalam seratus meter, sekali aku toleh, dia on balik lampu. Tak ke celaka perangai tu...

Aku terus patah balik dan bercakap pada interkom. Polis tu cakap dorang kerja office hour je. Terpaksa cari balai lain keesokan harinya. Gila punya negara maju. Jem otak memikir.

Rusuhan juga kerap berlaku di Kota Paris ini terutama pada hujung minggu. Bahaya untuk pelancong luar.

Kota paris ni dipenuhi dengan Orang 'gipsy' yang menyamar kononya orang syiria. Kalimah syahadah pun tak tau. Muka macam mat salleh juga, tapi ada air muka ala2 viking. Mereka buat pelbagai cara penipuan, target utama adalah pelancong.

Rusuhan di sini juga kerap berlaku, terutamanya hujung minggu. Dorang suka bakar2. Semua benda mau dibakar, terutamanya kereta polis. Nasib kami baik, selepas melawat tugu apa ntah nama, terus berlaku rusuhan yang sangat teruk. Abis semua dia bakar.

Kalau tiada hal mustahak, maaf la, Kota Paris bukan pilihanku lagi. Biarlah Malaysia 'mundur' kalau inilah cerminan negara 'maju'. Banyak lagi kota negara eropah yang cantik dan selamat selain Paris.

Image via Wazli Watisin / Facebook

Eiffel tower lambang kota paris. Dan tidak dinafikan, kalau sampah dan penyamun tiada di kota paris, kota ini memang menjadi pilihan. Lupa... Polis 'rajin' sikit lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sampai menangis blogger Malaysia ini ketika menceritakan pengalamannya di Kota Paris:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment