PERHILITAN & APM Pasang Perangkap Haiwan Di Sungai Klang Untuk Tangkap 'Buaya Mid Valley'
Buaya tembaga tersebut dipercayai mempunyai panjang lebih kurang tiga hingga empat meter.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak memasang sangkar perangkap bagi menangkap seekor buaya yang ditemui di Sungai Klang
Menerusi laporan New Straits Times, Pengarah Perhilitan Wilayah Persekutuan, Ishak Muhammad menasihatkan orang ramai untuk tidak berada berdekatan dengan kawasan penemuan buaya tersebut sehinggalah ia berjaya ditangkap.
"Usaha sedang giat dijalankan untuk memantau kawasan sekitar tempat kali terakhir buaya itu yang panjangnya sekurang-kurangnya tiga meter dilihat.
"Berdasarkan video rakaman haiwan itu, kami mengesyaki ia adalah buaya yang sama dikesan baru-baru ini berhampiran Masjid Jamek," katanya.
Image via APM (Facebook)
APM menurunkan sebuah bot bagi meninjau kawasan penampakan buaya terbabit
Dengan bantuan APM, sebuah bot telah diturunkan ke Sungai Klang dan digunakan untuk meninjau kawasan penampakan binatang itu.
Menerusi hantaran APM di Facebook, agensi itu memberi respon bergegas ke lokasi penampakan selepas menerima laporan.
"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pelbagai agensi telah memasang sangkar perangkap yang dibekalkan oleh PERHILITAN bagi menangkap buaya tersebut.
"Untuk makluman, antara agensi lain yang terlibat dalam operasi ini adalah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," tulis kenyataan itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment