Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

5 Perkara Jangan Buat Lepas Seminggu Berhari Raya, Takut Nanti Menyesal!

Ingat 5 perkara ni, semoga bermanfaat!

Cover image via Zalora

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila tiba sahaja musim Hari Raya, sudah tentu ramai antara kita akan berasa teruja untuk menyambutnya sebab perayaan yang disambut setahun sekali inilah satu-satunya perayaan yang dinanti-nantikan umat Islam

Mana tidaknya, waktu inilah kita dapat bertemu dengan keluarga, saudara mara, dan sahabat-handai yang sudah lama terpisah. Untuk mereka yang pulang ke kampung, pasti mengalami kesesakan jalan raya tapi kata orang kadang-kadang itulah yang bagi mood balik beraya. Betul tak? Bak kata orang perjalanan jauh pun takkan dirasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata. Ehhh... ternyanyi pulak!


Bagaimanapun, anda tahu tak ada perkara yang anda tak patut lakukan selepas habis bercuti Hari Raya? Meh, kami beritahu:

1. Jangan bercerita tentang keburukan rumah orang

Dalam seminggu tu pastinya banyak rumah yang dikunjungi bukan? Rumah saudara-mara dan rumah kawan-kawan adalah lokasi wajib yang akan disinggah. Biasalah apabila dah pergi banyak rumah ni mesti akan ada kekurangan atau perkara pelik yang kita nampak dalam rumah mereka. Tetapi ingat, jangan sesekali menceritakan keburukan tempat tinggal seseorang kepada orang lain. Mungkin ia kekurangan kepada kita tetapi sudah menjadi keselesaan buat mereka. Kita ni cara hidup kan berbeza-beza. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via sinarharian.com.my

2. Jangan check baki akaun bank

Selain itu, untuk pastikan anda tidak stress dan emosi di bulan Syawal ni. Jangan check baki duit dalam akaun bank anda. Haa... jangan buat-buat lupa yang haritu anda dan bershopping sakan sebelum raya. Terpaling rayalah katakan, baju raya pun ada 7 pasang. Bukan tu saja, beli persiapan raya lain pun memang makan modal yang besar. Jadinya, untuk elakkan anda bersedih, jangan check akaun bank tetapi berbelanjalah secara berhemah sehingga duit gaji bulan seterusnya masuk. 

Image via BERNAMA

3. Jangan mulakan semula sengketa lama

Sudah penat drama air mata, bermaaf-maafan di pagi raya tu jangan pula mula semula sengketa lama. Baru seminggu dah berbaik-baik, dah bergaduh semula. Sebaik-baiknya kita perlu move on dan sama-sama berubah ke arah kebaikan. Apatah lagi bersama dengan darah daging sendiri. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via beritaharian.sg

4. Jangan timbang berat badan

Habis je seminggu beraya, anda jangan sesekali menimbang berat badan anda. Yelah, dah seminggu tu melantak macam tak ingat dunia makan rendang, lemang, ketupat dan macam-macam lagi mestilah berat badan anda akan naik. Tak pelik tau sekiranya berat badan boleh naik lebih dari 5 kilogram.

Jadi untuk pastikan emosi anda stabil, disarankan untuk tak timbang dulu berat badan. Takut nanti ada yang menangis di bucu katil.

Gambar sekadar hiasan.

Image via klimg.com

5. Jangan lupa start diet dan bersenam

Perkara paling utama yang anda jangan lupa untuk buat adalah diet semula dan bersenam. Dalam seminggu tu pastinya dah bermacam-macam jenis makan sudah masuk ke dalam mulut betul tak? Jadi, diet yang sihat dan senaman ni sangat perlu untuk memastikan tubuh anda kekal sihat. Raya-raya juga, kesihatan tu penting tau. Jangan pula nanti emosi bila orang tegur "eh baru seminggu beraya badan dah naik ya?" haha.


Gambar sekadar hiasan.

Image via hmetro.com.my

Ingat tau jangan buat semua perkara ni. Selamat berhari raya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment