"Pertama Kali Dalam Sejarah!" - Takhta Dewi Remaja 2018/2019 Ditarik Kembali Dari Pemenang
Buat pertama kali dalam sejarah, Dewi Remaja tiada juara.
Seperti sedia maklum, Sharifah Haneesya Hanee telah dinobatkan sebagai juara dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019. Namun, takhta yang dipegang tidak lama selepas ianya ditarik semula serta-merta.
Kes ini telah berlaku selepas Haneesya dikatakan melanggar syarat penyertaan, peraturan dan klausa kontrak yang telah dibuat dan ditandatangani olehnya sendiri.
Penarikan semula takhta sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 itu juga telah diumumkan oleh pihak NU Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja pada tengah hari tadi, 17 Januari.
Image via Remaja
Dengan penarikan gelaran ini, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera & Erni Nushahira tidak dibenarkan untuk menggunakan gelaran 'finalis Dewi Remaja' bagi sebarang aktiviti di masa akan datang.
Image via Remaja
Menurut laporan, pihak Dewi Remaja telah melakukan siasatan yang mendalam terhadap kes ini dan mendapati bahawa pemegang takhta juara ini telah melanggar syarat penyertaan.
Namun begitu, Tia Sarah masih akan kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan masih akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang yang lain
Pihak Dewi Remaja juga turut menjelaskan bahawa berikutan kes yang berlaku, pihak mereka terpaksa memilih untuk menjaga kredibiliti Dewi Remaja dan memutuskan untuk tidak mengisi kekosongan juara edisi kali ini selepas ianya ditarik balik daripada Haneesya Hanee.
Image via Remaja
Hanee juga turut meluahkan rasa hampa dengan perbuatan yang dilakukan sehingga menyebabkan perkara ini berlaku. Namun, dia juga redha dan terima dengan hati yang terbuka.
Image via Remaja
Haneesya Hanee dikatakan telah memberikan komitmen dan persembahan yang terbaik ketika pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini dijalankan sehingga melayakkan dirinya bergelar Juara Dewi Remaja 2018/2019.
Gadis hitam manis ini juga telah berjaya memikat hati para juri iaitu Dato' Hans Isaac, Datuk Aznil Haji Nawawi dan juga Neelofa yang pada ketika itu telah memilihnya sebagai juara edisi ini.
"It has nothing to do with my mother and leave her alone." Haneesya Hanee juga turut menjelaskan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan bukanlah datang dari silap ibunya.
Image via Beautifulnara
Menurutnya, setiap perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau buruk adalah terpulang kepada diri sendiri dan sama sekali bukan salah ibunya. Dia juga turut meminta orang ramai supaya berhenti mempersalah dan menghukum ibunya yang tidak bersalah.
Hanee juga dipuji kerana berani untuk keluar dan mengaku akan kesalahan yang telah dilakukan tanpa berdolak-dalik mengenai isu ini.
Image via Beautifulnara
Tonton video penuh sidang media khas bersama Haneesya di bawah:
Semoga perkara ini boleh dijadikan pengajaran untuk Haneesya dan setiap orang untuk sentiasa menjaga kelakukan walau di mana pun anda berada.
Image via YOY Network
Cantik itu subjektif:
Leave a comment