Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Polis Lancar Ops Khas Buru Nombor Plat Kenderaan 'Fancy' Bermula Hari Ini

Pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa lain juga bakal didenda jika didapati bersalah.

Cover image via Berita Harian Polis Johor

Bermula hari ini, polis akan memburu pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi

Menurut laporan, ianya akan dimulakan dalam kalangan pegawai dan anggotanya di negeri Johor terlebih dahulu diikuti oleh orang awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa lain.

"Kita akan mulakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota polis yang tidak ikut peraturan," katanya.

Antara contoh nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Image via Berita Harian

Polis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan fancy sehingga 31 Disember ini

"Sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy.

"Antara alasan diberikan, mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain yang dilakukan tidak kira siapa termasuk mat rempit serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran kenderaan fancy ini," katanya.

Kesalahan lain adalah termasuk mengubah plat kenderaan kerana mahukan kelainan dari segi huruf dan nombor dengan cara merapat atau menjarakkannya

Perbuatan tersebut menyebabkan nombor plat kenderaan sukar dibaca dan ianya mengelirukan.

"Kesannya, apabila penguatkuasa had laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman plat kenderaan (tetapi tidak dapat dilakukan), individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pemilik nombor kenderaan fancy boleh dikenakan tindakan Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Rule 6 (1) LN173/69 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment