Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PPTI Group Umum Ahli Perniagaan, Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Director Of Partnership

Turut diumumkan, Dr Faizul sebagai Deputy Vice President for Strategic Communication di PTTI Group Sdn Bhd.

Cover image via @pttionline (Instragram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

PTTI Group mengumumkan pelantikan ahli perniagaan Asyraf Khalid sebagai Director of Partnership, satu langkah strategik dalam memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merealisasikan visi PTTI dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik

Dengan pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan pembangunan strategik, Asyraf Khalid dijangka memainkan peranan penting dalam memperluaskan rangkaian kerjasama PTTI, termasuk dengan sektor korporat, institusi pendidikan, serta agensi kerajaan dan swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana berkata, pelantikan Asyraf Khalid adalah satu langkah strategik bagi memperkukuhkan impak PTTI dalam ekosistem pendidikan negara.

"Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman beliau, PTTI dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan masyarakat secara keseluruhan," katanya.

Asyraf Khalid (dua dari kiri) bersama Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib) dan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (Cikgu Fana).

Image via @pttionline (Instagram)

Turut diumumkan, Dr Faizul sebagai Deputy Vice President for Strategic Communication di PTTI Group Sdn Bhd

Pengumuman itu dibuat pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur bagi menghargai usaha serta dedikasi seluruh pasukan PTTI dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.

Majlis ini bukan sekadar pengiktirafan kepada tenaga kerja PTTI, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan sasaran yang lebih besar pada tahun 2025.

PTTI meraikan tenaga pengajar dan kakitangan pada majlis pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner.

Image via @pttionline (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment